To see the other types of publications on this topic, follow the link: Kemahiran.

Journal articles on the topic 'Kemahiran'

Create a spot-on reference in APA, MLA, Chicago, Harvard, and other styles

Select a source type:

Consult the top 50 journal articles for your research on the topic 'Kemahiran.'

Next to every source in the list of references, there is an 'Add to bibliography' button. Press on it, and we will generate automatically the bibliographic reference to the chosen work in the citation style you need: APA, MLA, Harvard, Chicago, Vancouver, etc.

You can also download the full text of the academic publication as pdf and read online its abstract whenever available in the metadata.

Browse journal articles on a wide variety of disciplines and organise your bibliography correctly.

1

Mustofa, Dedi. "Strategi Pembelajaran Bahasa Arab: Kemahiran Al-Kitâbah (Arabic Learning Strategy: Writing Skills)." Loghat Arabi : Jurnal Bahasa Arab dan Pendidikan Bahasa Arab 2, no. 2 (2021): 173. http://dx.doi.org/10.36915/la.v2i2.35.

Full text
Abstract:
Dalam pembelajaran bahasa Arab, terdapat empat macam maharah atau kemahiran yang harus dikuasai oleh setiap pembelajar bahasa Arab. Empat kemahiran itu adalah kemahiran istima’, kalam, qira’ah, dan yang terakhir kemahiran kitabah. Kemahiran kitabah ini merupakan kemahiran yang tertinggi di antara keempat kemahiran berbahasa, yaitu istima’, kalam, dan qira’ah. Kitabah juga disebut sebagai kemahiran yang paling penting diantara kemahiran-kemahiran yang lain. Oleh karena itu, untuk mempelajari kemahiran kitabah, harus terlebih dahulu mempelajari tiga kemahiran lainnya. Karena terdapat kesinambungan di antara keempat kemahiran berbahasa tersebut. Proses pembelajaran kemahiran kitabah akan berbeda-beda sesuai dengan metode pembelajaran yang digunakan. Apakah menggunakan metode nahwu wa tarjamah, metode mubasyarah atau metode sam’iyah syafawiyah. Terdapat beberapa tujuan pembelajaran kitabah berdasarkan tingkatannya yaitu tingkat pemula, tingkat menengah dan tingkat lanjut.
APA, Harvard, Vancouver, ISO, and other styles
2

Kaviza, M. "Hubungan antara Amalan Kemahiran 4C dan Pencapaian Sejarah." Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH) 5, no. 12 (2020): 405–12. http://dx.doi.org/10.47405/mjssh.v5i12.652.

Full text
Abstract:
Kajian berbentuk korelasi ini bertujuan untuk menentukan sama ada terdapat hubungan antara amalan kemahiran 4C iaitu kemahiran komunikasi, kemahiran pemikiran kritis, kemahiran kreativiti dan kemahiran kolaborasi dengan pencapaian sejarah. Seramai 60 orang murid Tingkatan Empat yang dipilih berdasarkan teknik persampelan rawak mudah terlibat dalam kajian ini. Instrumen kajian ini merupakan soal selidik dan ujian pencapaian. Data kajian ini dianalisis secara statistik inferensi iaitu ujian Korelasi Pearson dan ujian Regresi Pelbagai melalui perisian IBM SPSS. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa terdapat hubungan linear positif yang sederhana tinggi secara signifikan antara min amalan kemahiran 4C dan pencapaian sejarah. Selain itu, dapatan kajian ini juga telah menunjukkan bahawa terdapat hubungan linear positif yang sederhana tinggi secara signifikan antara min amalan kemahiran komunikasi, kemahiran pemikiran kritis, kemahiran kreativiti dan kemahiran kolaborasi dan pencapaian sejarah. Tambahan pula, amalan kemahiran komunikasi, kemahiran pemikiran kritis, kemahiran kreativiti dan kemahiran kolaborasi dilaporkan merupakan pemboleh ubah peramal dan telah menyumbang sebanyak 22 peratus varians terhadap pencapaian sejarah dalam kajian ini. Implikasi kajian ini telah memaparkan sumber maklumat kepada para guru untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran sejarah dengan menerapkan amalan kemahiran 4C secara berkesan kerana didapati mempengaruhi peningkatan pencapaian sejarah.
APA, Harvard, Vancouver, ISO, and other styles
3

Kaviza, M. "Hubungan antara Amalan Kemahiran 4C dan Pencapaian Sejarah." Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH) 5, no. 12 (2020): 405–12. http://dx.doi.org/10.47405/mjssh.v5i12.652.

Full text
Abstract:
Kajian berbentuk korelasi ini bertujuan untuk menentukan sama ada terdapat hubungan antara amalan kemahiran 4C iaitu kemahiran komunikasi, kemahiran pemikiran kritis, kemahiran kreativiti dan kemahiran kolaborasi dengan pencapaian sejarah. Seramai 60 orang murid Tingkatan Empat yang dipilih berdasarkan teknik persampelan rawak mudah terlibat dalam kajian ini. Instrumen kajian ini merupakan soal selidik dan ujian pencapaian. Data kajian ini dianalisis secara statistik inferensi iaitu ujian Korelasi Pearson dan ujian Regresi Pelbagai melalui perisian IBM SPSS. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa terdapat hubungan linear positif yang sederhana tinggi secara signifikan antara min amalan kemahiran 4C dan pencapaian sejarah. Selain itu, dapatan kajian ini juga telah menunjukkan bahawa terdapat hubungan linear positif yang sederhana tinggi secara signifikan antara min amalan kemahiran komunikasi, kemahiran pemikiran kritis, kemahiran kreativiti dan kemahiran kolaborasi dan pencapaian sejarah. Tambahan pula, amalan kemahiran komunikasi, kemahiran pemikiran kritis, kemahiran kreativiti dan kemahiran kolaborasi dilaporkan merupakan pemboleh ubah peramal dan telah menyumbang sebanyak 22 peratus varians terhadap pencapaian sejarah dalam kajian ini. Implikasi kajian ini telah memaparkan sumber maklumat kepada para guru untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran sejarah dengan menerapkan amalan kemahiran 4C secara berkesan kerana didapati mempengaruhi peningkatan pencapaian sejarah.
APA, Harvard, Vancouver, ISO, and other styles
4

Kaviza, M. "Hubungan Antara Kemahiran Terarah Kendiri dan Kemahiran Pemikiran Sejarah." Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH) 5, no. 10 (2020): 67–74. http://dx.doi.org/10.47405/mjssh.v5i10.521.

Full text
Abstract:
Kajian secara korelasi ini bertujuan untuk mengenal pasti sama ada terdapat hubungan yang signifikan antara kemahiran terarah kendiri dan kemahiran pemikiran sejarah. Seramai 865 orang murid tingkatan dua terlibat dalam kajian ini. Instrumen kajian ini merupakan soal selidik dan ujian yang disahkan dan mempunyai nilai kebolehpercayaan yang baik. Data kajian ini telah dianalisis secara statistik inferensi iaitu ujian Korelasi dan Regresi Pelbagai dengan menggunakan perisian IBM SPSS versi 24. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa terdapat hubungan linear positif yang tinggi secara signifikan antara kemahiran terarah kendiri dan kemahiran pemikiran sejarah secara keseluruhannya. Dari segi konstruknya pula, ketiga-tiga konstruk dalam kemahiran terarah kendiri iaitu pengurusan kendiri, keazaman untuk belajar dan kawalan kendiri dilaporkan mempunyai hubungan linear positif yang sederhana tinggi secara signifikan dengan kemahiran pemikiran sejarah. Tambahan pula, dapatan kajian ini juga telah melaporkan bahawa ketiga-tiga konstruk dalam kemahiran terarah kendiri didapati menyumbang sebanyak 29 varians terhadap peningkatan kemahiran pemikiran sejarah dalam kalangan murid. Implikasi kajian ini telah menyediakan sumber maklumat kepada guru-guru sejarah untuk memberi fokus kepada kemahiran abad ke-21 dan kemahiran berfikir yang merupakan antara hasrat dalam kurkulum KSSM untuk melahirkan murid yang dapat bersaing di peringkat global.
APA, Harvard, Vancouver, ISO, and other styles
5

Zulkifeli, Mohd Firdauz, Mohamad Izzuan Mohd Ishar, and Mohd Zolkifli Abdul Hamid. "Elemen Kemahiran Insaniah Pelajar Pendidikan TVET Semasa Menjalani Latihan Praktikal." Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH) 7, no. 8 (2022): e001659. http://dx.doi.org/10.47405/mjssh.v7i8.1659.

Full text
Abstract:
Elemen kemahiran Insaniah pelajar pendidikan TVET semasa menjalani latihan praktikal adalah elemen yang lebih memfokuskan kemahiran generik pelajar serta penguasaan pelbagai elemen lain seperti kemahiran teknikal, kemahiran generik, kemahiran keusahawanan serta kemahiran berfikir. Pelajar adalah merupakan tonggak masa depan negara oleh itu pelajar harus berada di landasan yang betul supaya semua sistem pendidikan dan kemahiran yang mereka perolehi adalah sistematik adalah kekal relevan dengan keperluan majikan di setiap sektor organisasi pekerjaan. Setiap elemen dan aspek kemahiran insaniah yang meliputi kemahiran berkomunikasi, pemikiran kritis dan kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran kerja berpasukan, pembelajaran berterusan dan pengurusan maklumat, kemahiran keusahawanan, kemahiran kepimpinan serta etika dan integriti maka terhasillah kajian penyelidikan ini bertajuk “Elemen Kemahiran Insaniah Pelajar Pendidikan TVET Semasa Menjalani Latihan Praktikal”. Oleh itu kajian ini dijalankan adalah untuk meneroka elemen-elemen pada setiap domain kemahiran insaniah yang ada. Kajian yang digunakan adalah secara kualitatif analisa dokumen digabungkan dengan temu bual bersama 6 responden yang terdiri daripada 3 orang tenaga pengajar yang pakar di dalam bidang TVET dan 3 majikan yang terlibat dengan TVET dalam sektor industri. Data yang diterima dirumuskan dengan pengiraan melalui Nisbah Kesahan Kandungan terhadap 16 elemen di bawah setiap domain kemahiran insaniah pelajar menurut pengkongsian dan pandangan pakar. Berdasarkan analisa daripada temu bual yang dijalankan maka terhasillah elemen-elemen di bawah setiap 7 domain kemahiran insaniah pelajar yang disenaraikan. Data kuantitatif kemudiannya digunakan untuk menghasilkan satu instrumen pengesahan yang telah dinilai dengan menggunakan statistik Kappa. Dapatan di dalam penyelidikan ini diharap dapat dijadikan rujukan dan panduan untuk penambahbaikan di dalam penentuan dan peningkatan elemen-elemen kemahiran insaniah pelajar semasa menjalani latihan praktikal.
APA, Harvard, Vancouver, ISO, and other styles
6

Abdullah, Siti Haswa Niza, and Zakiah Hassan. "Penjanaan Kemahiran Insaniah Melalui Pengamalan Hisbah." ATTARBAWIY: Malaysian Online Journal of Education 8, no. 1 (2024): 286–97. http://dx.doi.org/10.53840/attarbawiy.v8i1.196.

Full text
Abstract:
Kemahiran Insaniah di Institut Pengajian Tinggi bertujuan meningkatkan kompetensi kebolehgajian para graduan. Kemahiran Insaniah meliputi kemahiran komunikasi, kemahiran penyelesaian masalah dan berfikiran kritis, kemahiran bekerjasama, kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat, kemahiran keusahawanan, kemahiran beretika professional dan kemahiran kepimpinan. Hisbah pula menglibatkan proses pengawalan kendiri dan sosial terhadap pematuhan segala perintah Allah iaitu Amar Makruf Nahi Mungkar. Amalan hisbah merangkumi tiga aspek iaitu akidah (musyaratah), syariah (muraqabah dan muhasabat), dan akhlak (mu’aqabah, mujahadah dan mu’atabah). Justeru itu, faktor-faktor dalam amalan hisbah dilihat antara faktor-faktor yang mampu mempengaruhi penghayatan kemahiran insaniah mahasiswa dalam menonjolkan personaliti, sikap, dan tingkah laku yang lebih dihayati. Kertas konsep ini mengupas tentang kefahaman kemahiran insaniah boleh dijana melalui pengamalan hisbah yang diamalkan mahasiswa semasa proses pengajaran dan pembelajaran sepanjang berada di IPT.
APA, Harvard, Vancouver, ISO, and other styles
7

Nabila, Badriati Zahroun, Fachrur Razi Amir, and Awaludin Abdul Ghaffar. "Penguasaan Jumlah Ismiyyah dan Jumlah Fi’liyyah terhadap Kemahiran Menyusun Paragraf Bahasa Arab Siswa." Tatsqifiy: Jurnal Pendidikan Bahasa Arab 1, no. 1 (2020): 29. http://dx.doi.org/10.30997/tjpba.v1i1.2572.

Full text
Abstract:
Pembelajaran bahasa Arab pada tingkat Madrasah Aliyah atau SMA telah mencapai pada tahap penguasaan empat kemahiaran bahasa. Berdasarkan hasil pengamatan di sekolah, pembelajaran bahasa Arab tidak hanya fokus pada muhadasah saja melainkan juga fokus pada tata kaidah penulisannya. Berdasarkan obervasi yang dilakukan, masih terdapat beberapa siswa yang masih merasa kesulitan dalam memahami kaidah nahwa serta masih merasa kesulitan dalam menentukan dan menempatkan kaidah nahwu pada kolom paragraf yang kosong. Penelitian ini bertujuan untuk mengetahui pengaruh penguasaan jumlah ismiyyah dan jumlah fi’liyyah terhadap kemahiran menyusun paragraf bahasa Arab. Penelitian ini dilaksanakan di Madrasah Aliyah Negeri 4 Bogor Kecamatan Cigombong Kabupaten Bogor, khususnya di kelas XI Keagamaan. Subjek dalam penelitian ini adalah seluruh siswa kelas XI Keagamaan yang berjumlah 39 siswa sesuai dengan jumlah satu kelas. Data yang dikumpulkan dengan menggunakan teknik observasi, tes penguasaan jumlah ismiyyah, jumlah fi’liyyah dan menyusun paragraf bahasa Arab serta dokumentasi. Hasil penelitian ini menunjukkan 1) terdapat pengaruh yang signifikan penguasaan jumlah ismiyah terhadap kemahiran menyusun paragraf bahasa arab (sig 0,03 < 0,05; t hitung=3,293); 2) terdapat pengaruh yang signifikan penguasaan jumlah fi’liyah terhadap kemahiran menyusun paragraf bahasa arab (sig 0,03 < 0,05; t hitung=3,293), dan; 3) terdapat pengaruh yang signifikan penguasaan jumlah ismiyah dan jumlah fi’liyah secara simultan terhadap kemahiran menyusun paragraf bahasa arab (sig 0,00 < 0,05; F hitung=162,976). Penelitian selanjutnya, direkomendasikan perlu diadakan penelitian lanjutan tentang ilmu nahwu atau yang lainnya serta pengaruhnya terhadap kemampuan menyusun paragraf bahasa Arab.
APA, Harvard, Vancouver, ISO, and other styles
8

Atan, Noor Afizah Binti, Mohd Amin Bin Zakaria, and Farhana Binti Sabidin. "TAHAP KESEDIAAN KEMAHIRAN GENERIK PELAJAR SEMESTER AKHIR DIPLOMA HOTEL DAN KATERING: KAJIAN KES." Journal : Tourism and Hospitality Essentials Journal 5, no. 2 (2016): 947. http://dx.doi.org/10.17509/thej.v5i2.2005.

Full text
Abstract:
Dunia transformasi kini mengkehendaki setiap graduan memiliki pelbagai kemahiran yang membolehkan mereka bersaingan dalam pasaran global. Justeru setiap graduan perlu mempersiapkan diri dengan satu lagi nilai tambah iaitu kemahiran generik dalam usaha untuk memenuhi kehendak industri. Kemahiran generik merupakan kemahiran yang perlu ada dalam diri sesaorang sewaktu melakukan pekerjaan mengikut kemahiran-kemahiran khusus yang dimiliki. Oleh yang demikian kajian ini memfokuskan tentang tahap kesediaan kemahiran generik pelajar khususnya semester akhir Diploma Hotel Dan Katering sesi Disember 2010 di Politeknik Johor Bahru. Secara keseluruhan, dapatan kajian menunjukkan reponden memiliki tahap kemahiran generik yang tinggi terhadap tiga daripada empat kemahiran generik yang dikaji.
APA, Harvard, Vancouver, ISO, and other styles
9

Kaviza, M. "Aplikasi Kemahiran Belajar dan Inovasi (4C) dalam kalangan Murid Sejarah: Satu Tinjauan Awal." Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH) 5, no. 6 (2021): 151–59. http://dx.doi.org/10.47405/mjssh.v5i6.654.

Full text
Abstract:
Kajian secara deskriptif ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap aplikasi kemahiran belajar dan inovasi (4Cs) iaitu kemahiran komunikasi, kemahiran pemikiran kritis, kemahiran kreativiti, kemahiran kolaborasi dalam kalangan murid. Seramai 60 orang murid tingkatan empat yang ditentukan berdasarkan teknik persampelan rawak mudah. Soal selidik merupakan instrumen kajian ini. Data kajian ini dianalisis secara deskriptif iaitu min dan sisihan piawai dan secara inferensi iaitu ujian-t sampel tak bersandar melalui perisian IBM SPSS. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa tahap aplikasi kemahiran belajar dan inovasi (4Cs) iaitu kemahiran komunikasi, kemahiran pemikiran kritis, kemahiran kreativiti, kemahiran kolaborasi berada pada tahap sederhana tinggi dalam kalangan murid. Tambahan pula, dapatan kajian ini juga menunjukkan tahap aplikasi kemahiran belajar dan inovasi (4Cs) berada pada tahap sederhana tinggi dalam kalangan murid lelaki dan murid perempuan walaupun tidak terdapat perbezaan min yang signifikan bagi aplikasi kemahiran belajar dan inovasi (4Cs) berdasarkan jantina. Implikasi kajian ini menyediakan sumber maklumat kepada para guru untuk merancang dan melaksanakan proses pembelajaran sejarah dengan mengaplikasikan kemahiran belajar dan inovasi (4Cs) dengan lebih meluas lagi.
APA, Harvard, Vancouver, ISO, and other styles
10

Kaviza, M. "Aplikasi Kemahiran Belajar dan Inovasi (4C) dalam kalangan Murid Sejarah: Satu Tinjauan Awal." Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH) 5, no. 6 (2021): 151–59. http://dx.doi.org/10.47405/mjssh.v5i6.654.

Full text
Abstract:
Kajian secara deskriptif ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap aplikasi kemahiran belajar dan inovasi (4Cs) iaitu kemahiran komunikasi, kemahiran pemikiran kritis, kemahiran kreativiti, kemahiran kolaborasi dalam kalangan murid. Seramai 60 orang murid tingkatan empat yang ditentukan berdasarkan teknik persampelan rawak mudah. Soal selidik merupakan instrumen kajian ini. Data kajian ini dianalisis secara deskriptif iaitu min dan sisihan piawai dan secara inferensi iaitu ujian-t sampel tak bersandar melalui perisian IBM SPSS. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa tahap aplikasi kemahiran belajar dan inovasi (4Cs) iaitu kemahiran komunikasi, kemahiran pemikiran kritis, kemahiran kreativiti, kemahiran kolaborasi berada pada tahap sederhana tinggi dalam kalangan murid. Tambahan pula, dapatan kajian ini juga menunjukkan tahap aplikasi kemahiran belajar dan inovasi (4Cs) berada pada tahap sederhana tinggi dalam kalangan murid lelaki dan murid perempuan walaupun tidak terdapat perbezaan min yang signifikan bagi aplikasi kemahiran belajar dan inovasi (4Cs) berdasarkan jantina. Implikasi kajian ini menyediakan sumber maklumat kepada para guru untuk merancang dan melaksanakan proses pembelajaran sejarah dengan mengaplikasikan kemahiran belajar dan inovasi (4Cs) dengan lebih meluas lagi.
APA, Harvard, Vancouver, ISO, and other styles
11

Abdul Hamid, Aini Haslina. "KEMAHIRAN ILMU QIRAAT BERDASARKAN PENGAJARAN ABAD KE-21 DALAM KALANGAN GURU KELAS KEMAHIRAN AL-QURAN." QIRAAT: Jurnal Al-Quran dan isu-isu kontemporari 6, no. 2 (2023): 35–50. http://dx.doi.org/10.53840/qiraat.v6i2.70.

Full text
Abstract:
Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti tahap kemahiran Ilmu Qiraat berdasarkan pengajaran abad ke-21 dalam kalangan guru Kelas Kemahiran al-Quran (KKQ) di Kedah. Kajian ini dilakukan menggunakan set soal selidik yang telah dilengkapkan oleh 42 orang guru KKQ dari pelbagai sekolah menengah di Kedah yang dipilih secara rawak. Data kuantitatif daripada soal selidik ini dianalisis secara deskriptif menggunakan SPSS versi 26.0 bagi mendapatkan kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai. Instrumen soal selidik tahap kemahiran Ilmu Qiraat mengandungi 30 item dan empat dimensi kemahiran (merancang pengajaran, pelaksanaan proses pengajaran, pelaksanaan kaedah pengajaran dan refleksi). Tahap kemahiran diukur dengan skala likert 5 mata yang terdiri daripada “Sangat tidak mahir” kepada “Sangat mahir”. Hasil dapatan kajian rintis menunjukkan nilai Cronbach Alpha bagi tahap kemahiran Ilmu Qiraat dalam kalangan guru KKQ berada pada tahap terbaik iaitu (α = 0.938). Bagi item kemahiran, nilai Cronbach Alpha bagi elemen pertama kemahiran merancang pengajaran dengan nilainya iaitu (α = 0.962), elemen kedua kemahiran pelaksanaan proses pengajaran (α = 0.956), elemen ketiga kemahiran pelaksanaan kaedah pengajaran (α = 0.859) dan elemen keempat kemahiran refleksi (α = 0.848). Dapatan kajian secara keseluruhan menunjukkan tahap kemahiran Ilmu Qiraat guru KKQ berada pada tahap sederhana tinggi dengan nilai min 3.84 dan sisihan piawai .50. Kesimpulannya semua pihak terutamanya guru KKQ harus mempertingkatkan ilmu kemahiran berkaitan pengajaran abad ke-21 dalam bidang Ilmu Qiraat agar dapat melahirkan modal insan cemerlang di masa hadapan. Kata Kunci Kemahiran; Ilmu Qiraat; Pengajaran Abad ke-21; Guru Kelas Kemahiran Al-Quran (KKQ)
APA, Harvard, Vancouver, ISO, and other styles
12

Kaviza, M. "Persepsi Guru terhadap Penerapan Kemahiran Pemikiran Sejarah dalam Pengajaran dan Pembelajaran Berasaskan Sumber." Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH) 5, no. 12 (2020): 413–22. http://dx.doi.org/10.47405/mjssh.v5i12.653.

Full text
Abstract:
Kajian secara deskriptif ini bertujuan untuk mengenal pasti persepsi guru terhadap penerapan kemahiran pemikiran sejarah dan kelima-lima konstruk iaitu kemahiran memahami kronologi, kemahiran meneroka bukti, kemahiran membuat interpretasi, kemahiran membuat imaginasi dan kemahiran membuat rasionalisasi dalam pengajaran dan pembelajaran berasaskan sumber. Empat orang guru sejarah terlibat dalam kajian ini. Soal selidik merupakan instrumen kajian ini. Data kajian ini dianalisis secara deskriptif iaitu min dan sisihan piawai. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa tahap persepsi guru terhadap penerapan kemahiran pemikiran sejarah dalam pengajaran dan pembelajaran berasaskan sumber berada pada tahap tinggi. Tambahan pula, kelima-lima konstruk dalam kemahiran pemikiran sejarah juga berada pada tahap tinggi dalam kalangan guru dalam kajian ini. Kajian ini telah menyediakan sumber maklumat kepada para guru sejarah untuk menerapkan kemahiran pemikiran sejarah yang berkesan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
APA, Harvard, Vancouver, ISO, and other styles
13

Kaviza, M. "Persepsi Guru terhadap Penerapan Kemahiran Pemikiran Sejarah dalam Pengajaran dan Pembelajaran Berasaskan Sumber." Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH) 5, no. 12 (2020): 413–22. http://dx.doi.org/10.47405/mjssh.v5i12.653.

Full text
Abstract:
Kajian secara deskriptif ini bertujuan untuk mengenal pasti persepsi guru terhadap penerapan kemahiran pemikiran sejarah dan kelima-lima konstruk iaitu kemahiran memahami kronologi, kemahiran meneroka bukti, kemahiran membuat interpretasi, kemahiran membuat imaginasi dan kemahiran membuat rasionalisasi dalam pengajaran dan pembelajaran berasaskan sumber. Empat orang guru sejarah terlibat dalam kajian ini. Soal selidik merupakan instrumen kajian ini. Data kajian ini dianalisis secara deskriptif iaitu min dan sisihan piawai. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa tahap persepsi guru terhadap penerapan kemahiran pemikiran sejarah dalam pengajaran dan pembelajaran berasaskan sumber berada pada tahap tinggi. Tambahan pula, kelima-lima konstruk dalam kemahiran pemikiran sejarah juga berada pada tahap tinggi dalam kalangan guru dalam kajian ini. Kajian ini telah menyediakan sumber maklumat kepada para guru sejarah untuk menerapkan kemahiran pemikiran sejarah yang berkesan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
APA, Harvard, Vancouver, ISO, and other styles
14

Saidon, Nurul Haidah, Muhammad Ilham Ahmad Zaini, Muhammad Athif Asyraf Sukry, and Mohamad Izzuan Mohd Ishar. "Amalan Kemahiran Penyesuaian dalam kalangan Pelajar Universiti: Suatu Pemerhatian Awal." Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH) 5, no. 7 (2020): 76–81. http://dx.doi.org/10.47405/mjssh.v5i7.436.

Full text
Abstract:

 
 
 Dalam mengharungi kehidupan di peringkat pengajian tinggi, pelajar akan menghadapi perasaan yang bercampur baur seperti gelisah, gusar, takut, malah bercampur gembira dan teruja apabila ditawar dan diterima masuk ke kolej atau universiti. Pada semester pertama, keadaan mereka boleh menimbulkan rasa tertekan dan banyak penyesuaian yang perlu dilalui. Pelajar juga boleh rasa teruja untuk mempelajari perkara yang baru. Perasaan ini mendorong mereka untuk bersiap sedia menghadapi suasana pengajian yang jauh berbeza dari keadaan di sekolah. Ketika ini kemahiran penyesuaian digunakan untuk terus bertahan dan membiasakan diri dengan persekitaran baru. Selain kemahiran teknikal, graduan ideal yang berbakat juga mempunyai ciri-ciri kemahiran insaniah. Keazaman dalam membangunkan Kemahiran Insaniah pelajar telah menggerak Kementerian Pengajian Tinggi untuk menghasilkan Modul Pembangunan Kemahiran Insaniah sebagai rujukan kepada institusi pengajian tinggi di Malaysia. Penghasilan modul ini telah menyumbang kepada terciptanya atribut graduan untuk sesetengah universiti termasuk Universiti Teknologi Malaysia. Antara atribut graduan yang menyumbang kepada proses pengasahan kemahiran insaniah pelajar ialah kemahiran kesarjanaan, kemahiran berfikir, kemahiran kepimpinan, kemahiran keusahawanan dan kemahiran penyesuaian. Artikel ini merupakan artikel konsep yang membincangkan amalan yang boleh dipraktikkan oleh pelajar dalam menyesuaian diri dengan kehidupan di institusi pendidikan tinggi melalui interpersonal, intrapersonal dan kemudahan teknologi.
 
 
APA, Harvard, Vancouver, ISO, and other styles
15

Kaviza, M. "Kemahiran Pemikiran Sejarah Berdasarkan Murid Berbeza Tahap Arahan Kendiri." Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH) 5, no. 4 (2020): 1–7. http://dx.doi.org/10.47405/mjssh.v5i4.396.

Full text
Abstract:

 
 
 Kajian berbentuk tinjauan ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kemahiran pemikiran sejarah dan konstruknya iaitu kemahiran memahami kronologi, kemahiran meneroka bukti, kemahiran membuat interpretasi, kemahiran membuat imaginasi dan kemahiran membuat rasionalisasi berdasarkan murid berbeza tahap arahan kendiri. Kajian ini melibatkan seramai 865 orang murid tingkatan dua. Instrumen kajian ini merupakan soal selidik yang diadaptasi, disahkan pakar penilai dan mempunyai kebolehpercayaan yang baik. Data kajian ini dianalisis secara deskriptif dan inferensi iaitu ujian-t sampel tak bersandar dan ujian MANOVA. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa tahap kemahiran pemikiran sejarah bagi murid tahap arahan kendiri tinggi adalah tinggi berbanding dengan murid tahap arahan kendiri rendah yang berada pada tahap sederhana. Selain itu, dapatan kajian ini juga menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan min kemahiran pemikiran sejarah dan kelima-lima konstruknya berdasarkan murid tahap arahan kendiri. Implikasi kajian ini menyediakan sumber maklumat kepada para guru untuk merancang pengajaran dan pembelajaran sejarah dengan menerapkan aplikasi kemahiran pemikiran sejarah dan memupuk kemahiran arahan kendiri yang baik dalam diri murid.
 
 
APA, Harvard, Vancouver, ISO, and other styles
16

Chew, Fong Peng, and Saidatul Aliah Amir. "Tahap Penguasaan Kemahiran Literasi Menulis Bahasa Melayu dalam Kalangan Murid Tahun Satu." Pendeta Journal of Malay Language, Education and Literature 14, no. 1 (2023): 74–87. http://dx.doi.org/10.37134/pendeta.vol14.1.7.2023.

Full text
Abstract:
Kemahiran literasi menulis merupakan suatu kemahiran asas yang perlu dipelajari dan dikuasai oleh semua murid di sekolah rendah. Jika kemahiran ini tidak dikuasai akan menyebabkan proses pembelajaran mereka terjejas. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengetahui tahap penguasaan kemahiran literasi menulis bahasa Melayu dalam kalangan murid tahun satu, membandingkan tahap penguasaan kemahiran literasi menulis bahasa Melayu antara murid-murid lelaki dan perempuan serta membandingkan tahap penguasaan kemahiran literasi menulis bahasa Melayu antara sekolah kebangsaan (SK), sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) dan sekolah jenis kebangsaan Tamil (SJKT). Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif melalui ujian. Responden kajian ini terdiri daripada 105 orang murid SK, SJKC dan SJKT di sekitar daerah Segamat, Johor dipilih untuk menjawab ujian-tersebut. Kajian ini memfokuskan pada tahap penguasaan murid-murid dalam kemahiran menulis serta perbezaan tahap penguasaan kemahiran literasi dengan jantina dan jenis sekolah. Data yang telah dianalisis menunjukkan bahawa tahap penguasaan murid-murid dalam kemahiran menulis bahasa Melayu keseluruhannya berada pada tahap tinggi. Keputusan juga menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan tahap penguasaan kemahiran literasi menulis bahasa Melayu antara murid-murid lelaki dan murid-murid perempuan. Manakala keputusan perbandingan tahap kemahiran menulis dalam bahasa Melayu antara sekolah kebangsaan (SK), sekolah jenis kebangasaan cina (SJKC) dan sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan. Maka, guru-guru bahasa Melayu perlu memainkan peranan yang penting supaya murid dapat menguasai kemahiran menulis.
APA, Harvard, Vancouver, ISO, and other styles
17

Sabu, Norsaliza, Noraini Mohamed Noh, Che Nidzam Che Ahmad, and Norazilawati Abdullah. "Kesan ejen pedagogi dan rangsangan multimedia dalam Koswer Nutri-Score terhadap Kemahiran Berfikir Aras Tinggi." Jurnal Pendidikan Sains Dan Matematik Malaysia 8, no. 2 (2018): 60–73. http://dx.doi.org/10.37134/jpsmm.vol8.2.6.2018.

Full text
Abstract:
Kajian ini bertujuan untuk membangunkan dan menguji kesan penggunaan koswer Nutri-Score dengan ejen pedagogi beranimasi bagi topik Nutrisi dalam Biologi Tingkatan Empat. Reka bentuk eksperimen kuasi digunakan. Persampelan kelompok tiga tahap dilaksanakan untuk memilih 181 responden dari masing-masing dua sekolah menengah di Kedah dan Pulau Pinang. Kumpulan rawatan mempelajari Nutrisi melalui Nutri-Score. Kumpulan kawalan mempelajari Nutrisi secara lazim. Pembolehubah-pembolehubah bersandar ialah kemahiran berfikir aras tinggi, kemahiran mengelaskan, kemahiran membandingbeza dan kemahiran menyelesaikan masalah mengikut Taksonomi Baru Model Marzano. Dapatan dianalisis dengan menggunakan ujian MANCOVA. Skor ujian pra dijadikan kovariat. Didapati penggunaan Nutri-Score telah meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi, kemahiran mengelaskan dan kemahiran membandingbeza secara signifikan. Justeru, reka bentuk dan pembangunan Nutri-Score boleh dijadikan panduan berguna untuk mereka bentuk dan membangunkan koswer pembelajaran bagi merangsang kemahiran berfikir aras tinggi.
APA, Harvard, Vancouver, ISO, and other styles
18

Hussin, Mohammad Nurulanuar, and Jamilah Mohd Basir. "Keberkesanan Pembangunan Modul Kemahiran Membaca Kanak-Kanak Prasekolah: Sorotan Literatur Bersistematik." Jurnal Pendidikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan 13, no. 1 (2024): 116–28. https://doi.org/10.37134/jpak.vol13.1.10.2024.

Full text
Abstract:
Pengetahuan dan kemahiran membaca dalam kalangan kanak-kanak di prasekolah merupakan salah satu isu global yang sering disuarakan oleh para pengkaji terdahulu sehinggalah kini. Kajian ini adalah untuk mengkaji literatur berkaitan keberkesanan pembangunan modul pembelajaran untuk kemahiran membaca yang telah dihasilkan memberi impak kepada kemahiran dan penguasaan membaca kanak-kanak dan sejauh mana PdP menggunakan modul kemahiran membaca dapat membantu meningkatkan pengetahuan dan kemahiran membaca kanak-kanak prasekolah. Kajian ini dilaksanakan secara sistematik dan berpandukan kepada PRISMA (Preferred Reporting Items for Systematic Reviews and Meta-Analyses) untuk proses saringan artikel-artikel kajian yang terpilih dan dianalisis. Dua pangkalan data iaitu Research Gate dan Google Scholar digunakan dalam kajian ini. Sebanyak 15 buah artikel telah terpilih dan dianalisis untuk menjawab persoalan kajian. Hasil kajian mendapati bahawa penggunaan modul pembelajaran untuk kemahiran membaca dapat membantu meningkatkan kemahiran dan tahap penguasaan kanak-kanak khususnya di prasekolah dalam kemahiran membaca mereka. Oleh itu, pengkaji mencadangkan pada masa hadapan untuk mewujudkan lebih banyak modul pembelajaran kemahiran membaca dengan pelbagai variasi dan kreativiti.
APA, Harvard, Vancouver, ISO, and other styles
19

Mohammad Jaafar, Anis Norma, Shobana Prabhakaran, Hasrul Hosshan, Mohd Muslim Md Zalli, and Mohd Afifi Bahurudin Setambah. "Penggunaan Kit ‘My Fimoki’ dalam Meningkatkan Kemahiran Menulis Kanak-Kanak Prasekolah." Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH) 7, no. 8 (2022): e001689. http://dx.doi.org/10.47405/mjssh.v7i8.1689.

Full text
Abstract:
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji kesan penggunaan kit permainan motor halus iaitu ‘MY FIMOKI’ dalam meningkatkan kemahiran menulis kanak-kanak prasekolah di daerah Batang Padang, Perak. Kajian ini juga menilai tahap perkembangan kemahiran menulis kanak-kanak prasekolah dan faktor-faktor yang mendorong kemahiran menulis kanak-kanak prasekolah. Pendekatan kuantitatif dengan kaedah kuasi ekprimental dengan sokongan data dari pemerhatian, analisis dokumen dan temu bual telah dijalankan dalam kajian ini. Pemilihan responden kajian dijalankan secara bertujuan melibatkan 16 orang kanak- kanak prasekolah dan tujuh orang guru prasekolah di daerah Batang Padang. Data dianalisis dengan menggunakan analisis deskriptif. Dapatan kajian menerangkan terdapat peningkatan dalam tahap perkembangan kemahiran menulis kanak-kanak selepas menerima intervensi ‘MY FIMOKI’. Dapatan kajian juga menunjukkan tahap perkembangan kemahiran motor halus yang rendah merupakan faktor utama masalah kemahiran menulis dalam kalangan kanak-kanak prasekolah. Secara keseluruhan, penemuan dari kajian ini menunjukkan bahawa kemahiran motor halus amat penting untuk kanak-kanak prasekolah bagi meningkatkan kemahiran menulisnya. Implikasi kajian menunjukkan penggunaan kit permainan motor halus dapat meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran kemahiran menulis.
APA, Harvard, Vancouver, ISO, and other styles
20

Kaviza, M. "Tahap Pengamalan Kemahiran Pemikiran Sejarah Melalui Penggunaan Sumber Digital Sejarah dalam Pendekatan Flipped Classroom." Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH) 5, no. 5 (2020): 72–80. http://dx.doi.org/10.47405/mjssh.v5i5.419.

Full text
Abstract:

 
 
 Kajian berbentuk deskriptif ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pengamalan kemahiran pemikiran sejarah dan konstruknya iaitu kemahiran memahami kronologi, kemahiran meneroka bukti, kemahiran membuat interpretasi, kemahiran membuat imaginasi dan kemahiran membuat rasionalisasi melalui penggunaan sumber digital sejarah dalam pendekatan Flipped Classroom. Kajian ini melibatkan seramai 32 orang murid Tingkatan Satu melalui teknik persampelan berkelompok dijadikan sampel kajian ini. Soal selidik yang diadaptasi yang telah disahkan oleh pakar penilai dalam bidang pendidikan sejarah dan mempunyai nilai kebolehpercayaan yang baik dijadikan instrumen kajian ini. Data kajian ini telah dianalisis secara deskriptif dan inferensi iaitu ujian-t sampel tak bersandar dan ujian MANOVA melalui perisian IBM SPSS versi 24. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa tahap pengamalan kemahiran pemikiran sejarah dan kelima-lima konstruknya adalah sederhana. Selain itu, tahap pengamalan kemahiran pemikiran sejarah dan konstruknya juga berada pada tahap sederhana bagi murid lelaki dan perempuan walaupun hanya kemahiran memahami kronologi sahaja yang dilaporkan berada pada tahap tinggi bagi murid perempuan. Tambahan pula, dapatan kajian ini juga menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi min pengamalan kemahiran pemikiran sejarah dan kelima-lima konstruknya berdasarkan jantina. Implikasi kajian ini diharapkan dapat menjadi sumber rujukan kepada guru-guru sejarah dalam merancang inovasi dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran sejarah sedia ada.
 
 
APA, Harvard, Vancouver, ISO, and other styles
21

Ab Jalil, Nur Ashikin, and Muhammad Syawal Amran. "Tahap Pengetahuan dan Amalan Kemahiran Fungsi Eksekutif Guru Prasekolah." Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH) 8, no. 5 (2023): e002334. http://dx.doi.org/10.47405/mjssh.v8i5.2334.

Full text
Abstract:
Kemahiran fungsi eksekutif merupakan satu set kemahiran mental yang membolehkan seseorang itu merancang, membimbing dan mengawal proses dan tingkah laku yang berarahkan matlamat. Kemahiran fungsi eksekutif membantu kanak-kanak mengembangkan kemahiran kerja berpasukan, kepimpinan, membuat keputusan, berusaha ke arah matlamat, pemikiran kritis, kebolehsuaian, dan mengawal emosi sendiri dan orang lain. Menyedari akan kepentingan kemahiran fungsi eksekutif terhadap pembelajaran seusia kanak-kanak prasekolah, kajian ini dijalankan bagi meninjau tahap pengetahuan dan amalan guru prasekolah terhadap kemahiran fungsi eksekutif. Responden kajian terdiri daripada 180 orang guru prasekolah di negeri Selangor. Instrumen soal selidik diedarkan kepada responden kajian secara atas talian melalui Google Form. Data kajian dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 26 dengan menjalankan analisis deskriptif iaitu min dan sisihan piawai serta korelasi Pearson. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap pengetahuan guru prasekolah terhadap kemahiran fungsi eksekutif adalah rendah (M=2.05, SP=0.761) manakala tahap amalan guru prasekolah berada tahap yang tinggi (M=4.4, SP=0.574). Hasil ujian korelasi Pearson mendapati hubungan signifikan yang sederhana antara tahap pengetahuan guru prasekolah dengan amalan kemahiran fungsi eksekutif (r=0.488). Hal ini menunjukkan adanya perkaitan antara tahap pengetahuan dengan amalan dalam guru prasekolah terhadap kemahiran fungsi eksekutif. Hasil kajian ini diharap dapat memberikan pendedahan kepada guru bagi menambah pengetahuan dan pemahaman serta mempersiapkan diri dengan kemahiran fungsi eksekutif.
APA, Harvard, Vancouver, ISO, and other styles
22

Narayanasamy, Arulmozhi, and Anis Norma Mohamad Jaafar. "Merentasi Pengajaran Tradisional: Satu Kerangka Konseptual Transformasi Pembelajaran Teradun terhadap Kemahiran Membaca Melalui Modul I-Saboba di Prasekolah." International Journal of Advanced Research in Future Ready Learning and Education 34, no. 1 (2024): 143–60. http://dx.doi.org/10.37934/frle.34.1.143160.

Full text
Abstract:
Penyelidikan ini bertujuan untuk mengemukakan satu kerangka konseptual yang memperincikan transformasi pembelajaran teradun terhadap kemahiran membaca melalui penggunaan “Modul I-Saboba” yang berintegrasikan konsep belajar melalui bemain dan teknologi terkini. Pendidikan prasekolah memainkan peranan penting dalam pembangunan kemahiran asas kanak-kanak. Kemahiran asas dalam pendidikan prasekolah di Malaysia terbahagi kepada empat kemahiran termasuk kemahiran membaca yang dianggap aspek penting dalam mencapai kejayaan akademik seseorang murid. Ketidakupayaan membaca merupakan antara cabaran serius dalam pendidikan dan menjadi semakin serius akibat pandemik COVID-19 yang boleh menghambat perkembangan akademik kanak-kanak. Menanggapi isu ini, penyelidikan ini menggariskan satu kerangka konseptual bagi transformasi pengajaran kemahiran membaca melalui “Modul I-Saboba”. Dengan latar belakang Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) yang menekankan kemahiran asas 4M dan penekanan yang diberikan kepada kemahiran membaca dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK), serta ketiadaan modul pengajaran khusus untuk kemahiran membaca dalam pendidikan prasekolah, penyelidikan ini meneliti keperluan untuk mengubah cara pengajaran kemahiran membaca dalam pendidikan prasekolah. Penyelidikan ini menyoroti keperluan pembangunan modul pengajaran kemahiran membaca yang berkesan dalam pendidikan prasekolah. Kaedah gabungan kualitatif dan kuantitatif digunakan dalam penyelidikan ini, berpandukan peringkat model ADDIE, dengan menggunakan pendekatan kuasi eksperimen untuk mencapai objektif penyelidikan. Data daripada pelbagai sumber, termasuk penyelidikan lepas dan permasalahan semasa, menyumbang kepada pembentukan kerangka konseptual yang menjadi asas kepada pembangunan “Modul I-Saboba” untuk meningkatkan tahap penguasaan kemahiran membaca dalam kalangan murid-murid prasekolah. Secara keseluruhan, diharapkan “Modul I-Saboba” yang mengintegrasikan konsep belajar melalui bermain, dan teknologi terkini berpotensi sebagai alat pembelajaran yang mampu merentasi pengajaran tradisional dengan menekankan penguasaan kemahiran membaca murid-murid prasekolah dalam suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan mencabar. Di samping itu, penyelidikan ini juga menekankan pentingnya menyediakan sumber pembelajaran yang berkualiti dan berkesan dalam usaha meningkatkan mutu pendidikan yang mampu bersaing di peringkat global. Diharapkan hasil penyelidikan ini dapat memberi sumbangan yang signifikan dalam meningkatkan keberkesanan pengajaran kemahiran membaca melalui “Modul I-Saboba” dalam pembelajaran teradun, serta merangsang minat dan potensi murid-murid prasekolah dengan cara yang lebih terstruktur dan efektif.
APA, Harvard, Vancouver, ISO, and other styles
23

Abd Aziz, Ahmad Zainal. "FAKTOR KECEMERLANGAN TENAGA PENGAJAR KEMAHIRAN VOKASIONAL DI INSTITUT LATIHAN KEMAHIRAN (ILKBS) KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN MALAYSIA." Asia Pacific Journal of Youth Studies 2, no. 2 (2023): 23–59. http://dx.doi.org/10.56390//apjys2023.

Full text
Abstract:
Kajian ini bertujuan untuk menentukan Tahap Kecemerlangan Pengajar ILKBS berdasar empat faktor iaitu Kompetensi Pengetahuan Kandungan, Kompetensi Pedagogikal, Kompetensi Sosial dan Kompetensi Keperibadian, kemahiran. Seramai 461 orang sampel tenaga pengajar kemahiran dari 20 buah IKBN seluruh Malaysia terlibat dalam kajian ini. Kajian ini menggunakan persampelan bertujuan (Purposive Sampling). Pengumpulan data dilakukan secara kaedah penyelidikan kuantitatif dengan menggunakan borang soal selidik yang mengandunggi 114 item soalan Tahap kebolehpercayaan soal selidik adalah tinggi dengan nilai Cronbach Alpha 0.97. Data kuantitatif di analisis dengan menggunakan analisa statistik deskriptif, Analisis Varians Satu Hala (ANOVA) dan Analisis Regresi Berganda. Dapatan kajian menunjukkan Kecemerlangan tahap kompetensi pengajar kemahiran adalaha pada tahap yang tinggi. Tahap kompetensi pengetahuan dan pedagogikal adalah tinggi, tahap sosial dan keperibadian adalah sangat tinggi. Tidak terdapat perbezaan kompetensi tenaga pengajar kemahiran berdasarkan jantina. Tidak terdapat perbezaan kompetensi tenaga pengajar kemahiran berdasar pengalaman mengajar Terdapat perbezaan kompetensi berdasarkan bidang pengkhususan. Kecemerlangan tenaga pengajar berdasar aspek kompetensi sosial dan keperibadian adalah penting mempengaruhi kecemerlangan tenaga pengajar kemahiran. Kecemerlangan tenaga pengajar kemahiran mempunyai kolerasi dan hubungan yang kuat dengan peningkatan prestasi pengajaran dan pembelajaran graduan belia ILKBS. Output graduan belia ILKBS yang berkualiti lahir dari kecemerlangan tenaga pengajar kemahiran. ILKBS telah memainkan peranan yang penting dalam pembangunan belia bagi melahirkan belia berkemahiran bagi menyediakan sumber tenaga kerja untuk menyediakan pekerja mahir dan separa mahir bagi memenuhi kehendak keperluan industri. Kata kunci: Pembangunan Belia, Kemahiran Belia, Kecemerlangan Tenaga Pengajar Kemahiran, Kompetensi, Tenaga Pengajar Kemahiran.
APA, Harvard, Vancouver, ISO, and other styles
24

Osman, Nadzirah, and Intan Farahana Abdul Rani. "Pengetahuan dan amalan pelaksanaan terhadap kemahiran PAK21 dalam kalangan guru prasekolah." Journal of Research, Policy & Practice of Teachers & Teacher Education 14, no. 1 (2024): 28–36. http://dx.doi.org/10.37134/jrpptte.vol14.1.4.2024.

Full text
Abstract:
Kajian ini bertujuan meninjau tahap pengetahuan dan tahap amalan pelaksanaan terhadap kemahiran Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK21) dalam kalangan guru prasekolah. Pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk tinjauan dilaksanakan dalam kajian ini. Pemilihan subjek kajian dijalankan secara persampelan rawak mudah melibatkan 113 orang guru prasekolah di daerah Batu Pahat. Instrumen kajian ini menggunakan borang soal selidik yang melibatkan tiga bahagian iaitu demografi, pengetahuan terhadap kemahiran PAK21 dan amalan pelaksanan terhadap kemahiran PAK21. Data dianalisis dengan menggunakan analisis deskriptif dan inferensi. Analisis deskriptif menjelaskan tahap pengetahuan dan tahap amalan pelaksanaan terhadap kemahiran PAK21. Statistik inferensi pula melibatkan ujian korelasi Pearson yang menerangkan tentang hubungan antara tahap pengetahuan dengan tahap amalan pelaksanaan terhadap kemahiran PAK21. Hasil kajian menunjukkan bahawa tahap pengetahuan terhadap kemahiran PAK21 dalam kalangan guru prasekolah adalah tinggi (M = 3.84, SD= 0.49) manakala tahap amalan pelaksanaan terhadap kemahiran PAK21 dalam kalangan guru prasekolah adalah sederhana (M = 3.15, SD = 0.90). Analisis korelasi Pearson pula menunjukkan terdapat hubungan signifikan yang sederhana teguh (r = .04, p < .01) antara tahap pengetahuan dengan tahap amalan pelaksanaan terhadap kemahiran PAK21 dalam kalangan guru prasekolah. Antara cadangan kajian lanjutan ialah pengkaji baharu boleh melaksanakan kajian mengenai faktor yang mempengaruhi amalan pelaksanaan terhadap kemahiran PAK21 dalam kalangan guru prasekolah dan kajian khusus mengenai amalan pelaksanaan kemahiran kolaboratif di kelas prasekolah. Kesimpulannya, PAK21 merupakan pendidikan masa kini yang penting untuk dititikberatkan dalam kalangan guru dan dilaksanakan daripada peringkat prasekolah.
APA, Harvard, Vancouver, ISO, and other styles
25

Zainol, Suhaimi, Noor Shah Saad, Mohd Uzi Dollah, and Qismullah Yusof. "Kemahiran penaakulan saintifik murid sekolah rendah." Jurnal Pendidikan Sains Dan Matematik Malaysia 7, no. 1 (2017): 1–15. http://dx.doi.org/10.37134/jsspj.vol7.no1.1.2017.

Full text
Abstract:
Tujuan penyelidikan tinjauan ini adalah untuk menentukan tahap kemahiran penaakulan saintifik (KPS) murid-murid tahap dua sekolah rendah serta mengkaji corak kemahiran penaakulan saintifik murid melalui Ujian Penaakulan Saintifik Bilik Darjah (UPSBD). Secara spesifiknya, objektif kajian adalah menentukan tahap kemahiran penaakulan saintifik murid tahap dua, membandingkan tahap kemahiran penaakulan saintifik murid tahun lima dengan murid tahun enam, membandingkan tahap kemahiran penaakulan saintifik murid lelaki dengan murid perempuan, membandingkan tahap kemahiran penaakulan saintifik dalam kalangan murid tahap dua antara sekolah, dan menentukan corak kemahiran penaakulan saintifik murid tahap dua. Seramai 267 murid tahap dua yang terdiri daripada murid tahun lima dan tahun enam daripada lima buah sekolah dipilih sebagai sampel kajian. Instrumen yang digunakan ialah Ujian Penaakulan Saintifik Bilik Darjah yang telah diterjemahkan daripada versi asal Lawson (2000). Statistik deskriptif seperti frekuensi, peratus, min dan statistik inferensi seperti ujian-t dan ANOVA digunakan untuk menganalisis data. Hasil kajian menunjukkan tahap kemahiran penaakulan saintifik dalam kalangan murid masih berada pada tahap yang pertama dalam kemahiran penaakulan saintifik iaitu tahap operasi konkrit dengan min keseluruhannya adalah 1.0037. Tidak ada perbezaan yang signifikan antara murid tahun lima dengan murid tahun enam (t(265)=-0.996, p˃0.05). Begitu juga keputusannya bila perbandingan dibuat antara murid lelaki dengan murid perempuan (t(265)=1.116, p˃0.05). Perbandingan tahap kemahiran penaakulan saintifik antara sekolah juga tidak menunjukkan perbezaan yang signifikan (F(4,262) =1.010, p˃0.05). Corak kemahiran penaakulan saintifik tertumpu pada item satu iaitu aspek pengabdian berat dengan 23.6%. Manakala aspek pemikiran perkadaran lanjutan langsung tidak dapat dijawab dengan betul oleh responden kajian.
APA, Harvard, Vancouver, ISO, and other styles
26

Jumadil, Jumadil. "Pemanfaatan Internet dan Website untuk Pembelajaran Bahasa Arab." Journal of Arabic Education and Linguistics 2, no. 1 (2022): 20–29. http://dx.doi.org/10.24252/jael.v2i1.25713.

Full text
Abstract:
Tujuan penulisan Artikel ini adalah untuk mengetahui makna internet dan website yang dapat digunakan untuk pembelajaran dan bagaimana memanfaatkannya dalam pembelajaran empat kemahiran berbahasa Arab. Hasilnya menjelaskan bahwa internet adalah jaringan komunikasi global yang terbuka dengan menghubungkan milyaran jaringan komputer dengan memanfaatkan tipe komunikasi seperti satelit sementara website adalah suatu sitem yang terhubung dengan internet dan dapat digunakan untuk mengakses informasi, mengunduh dokumen seperti media grafik, audio, video. Internet dan website dapat dimanfaatkan untuk kepentingan pembelajaran, termasuk membantu dalam pembelajaran empat kemahiran berbahasa yaitu kemahiran menyimak, kemahiran berbicara, kemahiran membaca, kemahiran menulis. Melatih empat kemahiran ini dapat dilakukan dengan mengakses website-website berbahasa arab baik berupa media grafik, audio, video, dari berbagai saluran berupa radio, televisi, koran, majalah, makalah, buku online, maupun media lain berupa aplikasi-aplikasi internet berupa email, aplikasi chatting, teleconference, dan lain sebagainya.
APA, Harvard, Vancouver, ISO, and other styles
27

Rayung, Mohd Nasir, Abdul Said Ambotang, and Normiati Batjo. "Pengaruh Pengetahuan, Aplikasi Pengetahuan dan Keupayaan Imaginasi Terhadap Kemahiran Berfikir Pelajar." Jurnal Pemikir Pendidikan 11, no. 1 (2023): 1–12. http://dx.doi.org/10.51200/jpp.v11i1.4276.

Full text
Abstract:
Kajian ini bertujuan untuk menentukan pengaruh langsung dan tidak langsung faktor pengetahuan, kemahiran aplikasi dan keupayaan imaginasi terhadap kemahiran berfikir pelajar tingkatan enam di Tawau. Kajian ini melibatkan 388 orang pelajar tingkatan enam daerah Tawau yang dipilih secara rawak sebagai sampel kajian. Instrumen kajian ini diubahsuai daripada Instrumen Kecerdasan Holistik (IKH) dan Instrumen Kemenjadian Pelajar (IKP). Analisis data kajian dijalankan menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) dan Structural Equation Modeling (SEM). Dapatan kajian menunjukkan terdapat pengaruh langsung yang signifikan antara keupayaan aplikasi pengetahuan dan keupayaan imaginasi terhadap kemahiran berfikir pelajar. Manakala faktor pengetahuan menunjukkan pengaruh langsung yang tidak signifikan kepada kemahiran berfikir pelajar. Walau bagaimanapun, faktor pengetahuan menunjukkan pengaruh tidak langsung yang signifikan terhadap kemahiran berfikir apabila digabungkan dengan keupayaan imaginasi. Dapatan kajian juga menunjukkan pembolehubah pengetahuan dan kemahiran aplikasi menyumbang 55 peratus kepada keupayaan imaginasi. Manakala ketiga-tiga variabel bebas ini menyumbang 34 peratus kepada kemahiran berfikir pelajar secara langsung dan tidak langsung. Implikasi kajian ini kelak diharap dapat mengukuhkan teori dan amalan pengajaran dan pembelajaran untuk membantu meningkatkan kemahiran berfikir dalam kalangan pelajar.
APA, Harvard, Vancouver, ISO, and other styles
28

Muhammad, Osman, and Shamsudin Othman. "Penggunaan e-Komik terhadap Peningkatan Kemahiran Membaca Mekanis." Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH) 10, no. 2 (2025): e002726. https://doi.org/10.47405/mjssh.v10i2.2726.

Full text
Abstract:
Kemahiran membaca belum dikuasai ramai murid sekolah rendah dengan baik manakala kemahiran membaca khususnya mekanis merupakan kemahiran asas yang perlu dikuasai seawal sekolah rendah. Situasi sebegini memerlukan kajian tentang alternatif untuk meningkatkan kemahiran membaca mekanis sesuai dengan perkembangan semasa. Oleh itu, kajian ini mengkaji kesan e-komik terhadap kemahiran membaca, terutamanya kemahiran membaca mekanis, dalam kalangan murid tahun empat. Kajian ini merupakan kuasi eksperimen dengan pendekatan kuantitatif. Kajian ini dijalankan melalui ujian pra-pasca kumpulan-kumpulan tidak setara atau seimbang (Non Equivalent Pre-Test Post Test Control Group Design). Data didapatkan melalui instrumen kajian berupa ujian bertulis dengan 60 peserta kajian yang terbahagi menjadi dua kumpulan. Kumpulan kawalan merupakan kumpulan yang menggunakan petikan bercetak buku teks, manakala kumpulan eksperimen adalah menggunakan e-komik. Hasil kajian menunjukkan bahawa kemahiran membaca mekanis kumpulan eksperimen lebih tinggi secara signifikan berbanding kumpulan kawalan. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa e-komik berkesan terhadap peningkatan kemahiran membaca mekanis dalam kalangan murid tahun empat sekolah rendah. Hasil kajian menjadikan novelti dalam kajian yang berjaya menawarkan inovasi dalam media pembelajaran yang mengikut perkembangan semasa dunia pendidikan.
APA, Harvard, Vancouver, ISO, and other styles
29

Zakaria, Siti Kausar, Norzaini Azman, Ruslin Amir, and Mohd Noor Daud. "Tahap Penguasaan Kemahiran Insaniah Pelajar Pengajian Islam." Ulum Islamiyyah 19 (January 1, 2017): 89–108. http://dx.doi.org/10.33102/uij.vol19no.49.

Full text
Abstract:
The study is a descriptive survey study that aims to see the level of soft skills among Islamic Studies students’ courses. A total of 346 samples from a population of 955 students in Bachelor courses of Islamic Studies from a public university participated in the study. Seven attributes of soft skills (soft skills) for university students as outlined by the Ministry of Higher Education Malaysia (MOHE) which include communication skills, leadership, teamwork, critical thinking and problem solving, lifelong learning, entrepreneurship and professional skills moral ethics were adopted. Data for this study were collected through a questionnaire and analyzed using SPSS version 17.0. Min analysis shows that students master the six constituents of soft skills at a high level unless entrepreneurial skills at moderate level. The highest skill mastered was teamwork skills, followed by learning skills and information management skills, leadership skills, critical thinking skills and problem solving, communication skills and moral and professional ethics. Entrepreneurial skills which was mastered the least need to be improved to encourage Islamic studies graduate to join entrepreneurship. The study recommends that the students to pursue other professional fields without forgetting the noble role to preach the message of Islam in any career endeavor.
 Abstrak
 Kajian ini merupakan kajian tinjauan secara deskriptif bertujuan untuk melihat tahap penguasaan kemahiran insaniah pelajar kursus Pengajian Islam. Seramai 346 sampel daripada 955 orang populasi pelajar Ijazah Sarjana Muda Kursus Pengajian Islam daripada sebuah universiti awam tempatan terlibat dalam kajian. Tujuh attribut kemahiran insaniah (softskill) untuk pelajar IPT seperti yang digariskan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) merangkumi kemahiran komunikasi, kepimpinan, kerja berpasukan, berfikir kritis dan penyelesaian masalah, pembelajaran sepanjang hayat, keusahawanan dan kemahiran etika moral profesional (KPT 2006) digunapakai. Data kajian ini telah diperoleh melalui soal selidik dan dianalisis menggunakan prisian SPSS versi 17.0. Analisis min menunjukkan pelajar menguasai enam juzuk kemahiran insaniah pada tahap tinggi kecuali kemahiran keusahawanan pada tahap sederhana tinggi. Kemahiran yang paling tinggi dikuasai ialah kemahiran kerja berpasukan diikuti kemahiran pembelajaran berterusan dan pengurusan maklumat, kemahiran kemahiran kepimpinan, kemahiran pemikiran kritis dan penyelesaian masalah, kemahiran komunikasi dan kemahiran etika moral dan profesional. Kemahiran keusahawanan yang paling rendah dikuasai perlu dipertingkatkan sebagai usaha menggalakkan graduan pengajian Islam menceburi bidang keusahawanan. Kajian mencadangkan pelajar Pengajian Islam menceburi bidang-bidang profesional yang lainnya tanpa melupakan peranan mulia sebagai penyebar mesej keislaman dan pendakwah dalam apa jua karier yang diceburi.
APA, Harvard, Vancouver, ISO, and other styles
30

Abdul, Mohamad Albaree, Zaharah Osman, Saedah Siraj, Norhafizi Mohd Arof, and Hazhari Ismail. "Pandangan Guru Tadika terhadap Aspek Kemahiran Sosial dalam Kalangan Kanak-kanak: Satu Analisis Keperluan." Jurnal Pendidikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan 11, no. 2 (2022): 1–12. https://doi.org/10.37134/jpak.vol11.2.1.2022.

Full text
Abstract:
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pandangan guru tadika terhadap aspek kemahiran sosial dalam kalangan kanak-kanak. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan yang melibatkan seramai 120 orang guru tadika di sekitar negeri Selangor. Instrumen kajian yang digunakan dalam kajian ini adalah satu set borang soal selidik bagi menjawab objektif kajian berdasarkan dapatan kekerapan, peratusan, skor min dan sisihan piawai. Hasil kajian mendapati pandangan guru tadika terhadap kepentingan perkembangan kemahiran sosial untuk kanak-kanak menunjukkan bahawa purata keseluruhan item mencatatkan skor min 4.70 dan sisihan piawai 0.504. Ini memberi gambaran bahawa hampir keseluruhan 120 orang responden memilih sangat setuju dan menyokong tentang kepentingan perkembangan kemahiran sosial dalam kalangan kanak-kanak. Manakala, bagi hasil kajian berkenaan pandangan guru tadika terhadap tahap kemahiran sosial kanak-kanak dari aspek interaksi sosial, komunikasi, kerjasama dalam berpasukan, dan kemahiran mendengar pula menunjukkan bahawa keempat-empat aspek kemahiran sosial dilihat sangat membimbangkan dalam kalangan kanak-kanak iaitu aspek interaksi sosial berada pada tahap yang rendah (M= 2.23, SP= 0.959), manakala aspek yang lain seperti komunikasi (M= 2.65, SP= 0.847), bekerjasama dalam pasukan (M=3.57, SP= 0.959), dan kemahiran mendengar (M= 3.20, SP=0.875) berada pada tahap yang sederhana. Kesimpulannya, kajian ini menunjukkan bahawa aspek kemahiran sosial perlu diambil perhatian sewajarnya dalam membantu meningkatkan tahap kemahiran sosial kanak-kanak. Implikasi kajian ini ialah kemahiran sosial adalah penting dalam memberi impak yang cukup besar terhadap fungsi dalam kehidupan kanak-kanak terutama yang melibatkan diri, orang lain, dan persekitaran sosial.
APA, Harvard, Vancouver, ISO, and other styles
31

Mohd Nawi, Muhammad Zulazizi. "Transformasi Pengajaran dan Pembelajaran Multimedia dalam Pendidikan Islam: Satu Perbincangan." Journal of ICT In Education 7, no. 2 (2020): 14–26. http://dx.doi.org/10.37134/jictie.vol7.2.2.2020.

Full text
Abstract:
Artikel ini membincangkan satu kajian yang menelusuri transformasi pengajaran dan pembelajaran melalui teknologi multimedia bagi memastikannya menjadi agenda utama dalam pendidikan Islam. Keperluan ini wujud disebabkan pendekatan yang dibawa ialah signifikan dan sesuai dilakukan selaras dengan Pendidikan Abad Ke-21 (PAK21) yang banyak memfokuskan pembinaan kemahiran-kemahiran yang meliputi kemahiran berkomunikasi, kemahiran 4M (membaca, mengira, menulis dan menaakul), kemahiran sains dan reka bentuk teknologi, kemahiran interpersonal dan intrapersonal dan lain-lain lagi secara syumul. Pendekatan sebegini juga dipercayai dapat memberikan peluang kepada para pelajar untuk mempelajari pendidikan Islam dengan lebih komprehensif. Justeru, diharapkan guru juga dapat menjadi peneraju perubahan, pemikir holistik serta pemangkin kepada kejayaan sistem pendidikan negara ini selain dapat memainkan peranan penting dalam membimbing pelajar supaya penglibatan pelajar dalam aktiviti pembelajaran dapat ditingkatkan.
APA, Harvard, Vancouver, ISO, and other styles
32

سيهوتانج, الدكتور الحاج نورفين, та سوريا نينجيه. "استخدام وسائل الصورة في تحسين مهارة كتابة اللغة العربية في مدرسة الثانوية الإسلامية". Thariqah Ilmiah: Jurnal ilmu-ilmu kependidikan dan Bahasa Arab 8, № 1 (2020): 17–35. http://dx.doi.org/10.24952/thariqahilmiah.v8i1.2613.

Full text
Abstract:
AbstrakMasalah dalam penelitian adalah penggunaan media gambar dalam memperbaiki kemahiran menulis bahasa arab siswa, media yang digunakan adalam media gambar, tujuan penelitian ini adalah ada atau tidak adanya pengaruh penggunaan media bergambar terhadap kemahiran menulis bahasa arab siswa kelas tujuh madrasah darul istiqomah Huta Padangsidimpuan, metode penelitian ini adalah metode penelitian tindakan kelas dengan menggunakan penggunaan media bergambar terhadap kemahiran menulis bahasa arab siswa kelas tujuh madrasah darul istiqomah Huta Padangsidimpuan. Hasil penelitian ini menunjukkan adanya pengaruh media gambar terhadap kemahiran kemahiran menulis bahasa arab siswa, media gambar sangat berguna dalam memperbaiki kemahiran menulis bahasa arab siswa. Berdasarkan hasil ini makan dapat diterima hipotesis penetian dengan hasil 63 % hasil siklus I dan 65 % hasil sikus II dan 80 siklus III.
APA, Harvard, Vancouver, ISO, and other styles
33

Ramlie, Habibah @. Artini, Norshahrul Marzuki Mohd Nor, Wan Muna Ruzanna Wan Mohammad, and Saifulazry Mokhtar. "Analisis kandungan kemahiran Bahasa Melayu dalam kurikulum prasekolah di Malaysia." Pendeta Journal of Malay Language, Education and Literature 11, no. 1 (2020): 46–67. http://dx.doi.org/10.37134/pendeta.vol11.1.4.2020.

Full text
Abstract:
Kajian ini bertujuan meneroka kandungan kemahiran Bahasa Melayu kurikulum prasekolah di Malaysia khususnya dalam aspek Kemahiran Mendengar dan Bertutur, Kemahiran Membaca serta Kemahiran Menulis. Data diperoleh melalui kaedah analisis kandungan. Dokumen Kurikulum Prasekolah Kebangsaan 2001 serta Dokumen Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan Pendidikan Prasekolah (Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran - DSKP Semakan 2017) digunakan untuk mengenalpasti kandungan mata pelajaran Bahasa Melayu peringkat prasekolah dalam kemahiran yang dinyatakan. Dapatan kajian menunjukkan dokumen berkenaan memenuhi keperluan kurikulum pendidikan prasekolah yang bertujuan supaya murid menguasai kemahiran bahasa secara berkesan. Justeru kajian mencadangkan guru melakukan persediaan pengajaran dengan efektif agar murid memperoleh pembelajaran menyeronokkan. Hal ini akan meningkatkan kreativiti guru dalam menghasilkan bahan pengajaran serta mempelbagaikan kaedah pembelajaran mengikut kesesuaian murid berpandukan KSPK Semakan 2017 terkini.
APA, Harvard, Vancouver, ISO, and other styles
34

Utono, Sutono. "EFEKTIVITAS DIRECT METHODE DALAM MENINGKATKAN KEMAHIRAN BERBICARA BAHASA ARAB." Fikroh: Jurnal Pemikiran dan Pendidikan Islam 8, no. 1 (2016): 63–93. http://dx.doi.org/10.37812/fikroh.v8i1.23.

Full text
Abstract:
Penelitian ini bertujuan untuk mengetahui peningkatan kemampuan menggunakan bahasa Arab bagi mahasiswa lulusan dari SMA/ SMK yang belum pernah mendapatkan pembelajaran bahasa Arab, terutama dalam hal melafadzkan maupun menulisbahasa Arab dengan fasih,upaya untuk mengefektifkan metode langsung dalam pembelajaran bahasa Arab dikelas merupakan langkah yang sangat tepat untuk menghasilkan mahasiswa yang memiliki empat kemahiran yaitu; kemahiran menyimak, kemahiran berbicara, kemahiran membaca, dan kemahiran menulis.oleh karena itu keberhasilan dalam penguasaan bahasa Arab terutama kemahiran mahasiswa dalam berbicara bahasa Arab yang menjadi salah satu ketertarikan peneliti pada pembelajaran bahasa Arab di STAI Al-Azhar Menganti Gresik, makadalam pembelajaran bahasa Arab penulis memilih direct method metode langsung selama satu semester. Penelitian ini menggunakan metode observasi dan interview .Jenis penelitian ini adalah penelitian lapangan (Field research) bersifat penelitian kualitatif (Qualitative Research). Penelitian ini mengkaji tentang bagaimana pengertian pendekatan, metode, dan strategi pembelajaran bahasa Arab,serta pengaruhnya terhadap peningkatan mahasiswa menggunakan Bahasa Arab, serta adakah peningkatan kemampuan berbicara Bahasa Arab bagi mahasiswaKata kunci:,Direct Method, kemahiran berbahasa Arab, Program regular PAI
APA, Harvard, Vancouver, ISO, and other styles
35

Bacotang, Juppri, Adibah Abdul Latif, Nurfarhana Diana Mohd Nor, et al. "Interkorelasi konstruk bagi kemahiran Literasi Awal Kanak-Kanak." Pendeta Journal of Malay Language, Education and Literature 13, no. 1 (2022): 70–83. http://dx.doi.org/10.37134/pendeta.vol13.1.7.2022.

Full text
Abstract:
Artikel ini menjelaskan interkorelasi konstruk bagi kemahiran literasi awal kanak-kanak berumur 3+ hingga 4+ tahun. Pengkaji menggunakan kaedah tinjauan yang melibatkan 222 orang sampel kajian yang terdiri daripada 119 orang kanak-kanak berumur 3+ tahun, dan 103 orang berumur 4+ tahun. Lokasi kajian melibatkan 12 buah taska atau tadika di sekitar Perak dan Selangor. Pencapaian kemahiran literasi awal kanak-kanak dinilai dengan menggunakan Indikator Kemahiran Literasi Awal (IKLA) yang merangkumi lima konstruk utama, iaitu bahasa dan komunikasi, kesedaran cetak, kesedaran fonologi, kefahaman naratif, dan tulisan awal. Pengkaji menggunakan analisis korelasi pekali Pearson untuk menentukan interkorelasi antara setiap konstruk kemahiran literasi awal dengan item-item. Dapatan analisis interkorelasi menunjukkan terdapat korelasi positif yang sangat kuat, kuat dan sederhana, dan signifikan antara setiap konstruk dengan item-item. Kajian ini dapat menjelaskan item-item atau kemahiran spesifik bagi setiap konstruk kemahiran literasi awal. Implikasinya, kajian ini dapat membantu ibu bapa dan pendidik untuk mendedahkan kemahiran literasi awal yang komprehensif kepada kanak-kanak berumur berumur 3+ hingga 4+ tahun.
APA, Harvard, Vancouver, ISO, and other styles
36

Harun, Noraini binti, Dulina binti Tholibon, and Nursahizalina binti Mohd Saat. "Pemupukan Kemahiran Kepimpinan Melalui Pembelajaran Berasaskan Projek Terhadap Pencapaian Pelajar Kursus Projek." Technical and Vocational Education International Journal (TAVEIJ) 3, no. 1 (2023): 86–97. https://doi.org/10.55642/taveij.v3i1.290.

Full text
Abstract:
Kemahiran kepimpinan merupakan kunci kejayaan dalam kerja berkumpulan yang mendorong setiap ahli untuk bekerjasama dan berkomunikasi secara berkesan. Pendekatan pembelajaran berasaskan projek melalui kursus Projek 1 dalam memupuk kemahiran kepimpinan terhadap kerja berpasukan dan komunikasi merupakan tujuan utama kajian ini dilaksanakan. Kajian kuantitatif dianalisis secara deskriptif dan inferensi terhadap 207 responden yang merupakan pelajar kursus Projek 1 di Jabatan Kejuruteraan Petrokimia, Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail. Hasil dapatan kajian membuktikan pemupukan kemahiran kepimpinan terhadap kerja berpasukan dan komunikasi berada pada tahap yang tinggi. Namun begitu, pemupukan kemahiran kepimpinan tidak terdapat perbezaaan yang signifikan berdasarkan jantina. Analisis data juga mendapati tidak terdapat hubungan yang signifikan antara pemupukan kemahiran kepimpinan terhadap pencapaian pelajar kursus Projek 1. Interprestasi analisis data yang diperolehi dalam kajian ini membuktikan bahawa kemahiran kepimpinan dapat dipupuk melalui pendekatan pembelajaran berasaskan projek dalam kursus Projek 1 tetapi tiada perkaitan dengan pencapaian pelajar. Maka, kemahiran kepimpinan telah dapat dipupuk dalam diri pelajar sebagai persediaan menghadapi kursus Projek 2 yang lebih mencabar serta menuntut komitmen kerja berpasukan dan komunikasi berkesan. Realitinya kemahiran kepimpinan mendorong pelajar untuk bertindak sebagai individu yang memastikan kejayaan bersama dalam satu pasukan.
APA, Harvard, Vancouver, ISO, and other styles
37

Kaviza, M. "Pembelajaran Sejarah Berasaskan Penggunaan Platform Google Classroom dan Aplikasi Kemahiran 4K." Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH) 6, no. 7 (2021): 171–79. http://dx.doi.org/10.47405/mjssh.v6i7.920.

Full text
Abstract:
Kajian berbentuk tinjauan ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap persepsi murid terhadap pelaksanaan aktiviti pembelajaran sejarah melalui penggunaan platform Google Classroom dan aplikasi kemahiran 4K berdasarkan jantina. Seramai 41 orang murid tingkatan dua terlibat dalam kajian yang ditentukan berdasarkan teknik persampelan berkelompok. Instrumen kajian ini merupakan soal selidik skala 5 likert yang telah disahkan oleh pakar penilai dan mempunyai nilai ketekalan yang baik. Data kajian ini telah dianalisis secara deskriptif dan inferensi iaitu ujian-t sampel tak bersandar dengan menggunakan perisian IBMSPSS versi 24. Dapatan kajian ini telah melaporkan bahawa tahap persepsi murid terhadap pelaksanaan aktiviti pembelajaran sejarah melalui penggunaan platform Google Classroom dan aplikasi kemahiran 4K adalah tinggi. Selain itu, tahap persepsi murid terhadap pelaksanaan aktiviti pembelajaran sejarah melalui penggunaan platform Google Classroom dan aplikasi kemahiran 4K juga dilaporkan berada pada tahap tinggi dalam kalangan murid lelaki dan murid perempuan. Walau bagaimanapun, dapatan kajian ini telah melaporkan bahawa tidak terdapat perbezaan min yang signifikan bagi persepsi murid terhadap pelaksanaan aktiviti pembelajaran sejarah melalui penggunaan platform Google Classroom dan aplikasi kemahiran 4K berdasarkan jantina. Implikasi kajian ini telah membuka ruang cadangan kepada para guru sejarah untuk mereka bentuk dan melaksanakan aktiviti pembelajaran sejarah dengan menggunakan platform Google Classroom dan mengaplikasikan kemahiran 4K iaitu kemahiran berfikir kritis, kemahiran berfikiran kreatif, kemahiran kolaborasi dan kemahiran komunikasi dalam proses pembelajaran dan pemudahcaraan bagi mata sejarah dengan lebih meluas.
APA, Harvard, Vancouver, ISO, and other styles
38

Che Mat, Azman, Ahmad Zulfadhli Nokman, Nor Shaifura Musilehat, Ahmad Fakrulazizi Abu Bakar, and Zalinawati Abdullah. "Amalan Strategi Mendengar dan Bertutur Bahasa Arab dalam Kalangan Pelajar." Akademika 92, no. 3 (2022): 133–48. http://dx.doi.org/10.17576/akad-2022-9203-10.

Full text
Abstract:
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti usaha yang dilakukan oleh pelajar untuk menguasai kemahiran lisan sebagai satu kemahiran yang sangat penting dalam pemerolehan bahasa sebagai alat komunikasi. Oleh yang demikian, penguasaan kemahiran lisan masih menjadi persoalan pokok dalam pembelajaran bahasa Arab secara khasnya. Hal ini diyakini berkait rapat dengan cara pembelajaran yang diamalkan oleh pelajar. Dalam kemahiran lisan terdapat dua strategi yang diperincikan untuk memastikan kemahiran lisan diperolehi, iaitu strategi mendengar dan strategi bertutur. Kedua-dua strategi ini sangat berkait rapat untuk memperolehi kemahiran lisan dalam pembelajaran bahasa. Sikap pelajar terhadap strategi ini sangat penting untuk menentukan mereka mencapai kemahiran lisan yang sewajarnya. Dari segi metodologi, kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif untuk mengumpul dan menjalankan analisis data. Instrumen soal selidik juga diadaptasi daripada Cohen dan Oxfords (2002) yang tertumpu kepada startegi mendengar (4 konstruk) dan bertutur (5 konstruk). Bagi mengukur sikap pula, tiga komponen sikap dinilai iaitu kognitif, afektif dan konatif (8 item). Seramai 314 peserta kajian yang terlibat dalam menjawab maklum balas soal selidik yang diedarkan sendiri oleh pengkaji. Data yang dikutip kemudiannya dianalisis menggunakan perisian SmartPLS versi 3.2.9. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa responden mengamalkan strategi mendengar dan strategi bertutur untuk memperolehi kemahiran lisan. Namun begitu dari aspek hubungan sikap mereka terhadap strategi mendengar adalah lebih rendah (4.983) berbanding dengan strategi bertutur (7.700). Implikasi kajian ini menunjukkan perlunya kemahiran mendengar ditingkatkan dalam kalangan pelajar bahasa Arab. Hal ini boleh dicapai dengan melaksanakan sesi mendengar secara kerap dan penyediaan bahan-bahan yang bersesuai dengan tahap pelajar dan silibus pembelajaran yang tersedia. Kata kunci: Kemahiran; lisan; pembelajaran; strategi; sikap
APA, Harvard, Vancouver, ISO, and other styles
39

Hoesni, Ismail Ubaidillah, Moh Ainin, Muassomah, and Ahmad Dzulfikar Al Farobi. "Kualitas Kemahiran Berbahasa Arab Madrasah Tsanawiyah Dalam Buku Ajar Bahasa Arab Kurikulum KMA 183 Berdasarkan Perspektif American Council on The Teaching of Foreign Language (ACTFL)." Mahira 2, no. 1 (2022): 65–85. http://dx.doi.org/10.55380/mahira.v2i1.175.

Full text
Abstract:
Penelitian ini bertujuan untuk 1). menganalisis tingkat kemahiran berbahasa Arab yang ada dalam buku teks bahasa Arab KMA 183 perspektif ACTFL, 2). Mengetahui urgensi susunan materi dalam buku teks Bahasa Arab KMA 183 terhadap kemahiran berbahasa Arab. 3) mendeskripsikan implikasi analisis buku teks ajar Bahasa Arab KMA 183 berdasarkan pedoman kemahiran berbahasa ACTFL. Penelitian merupakan penelitian kepustakaan (Library Research) dengan memaparkan data, dokumen dan berkas-berkas penunjang lainnya dengan pendekatan deskriptif kualitatif, dengan menggunakan teknis analisis isi (Content Analysis) yaitu melakukan Analisa data menurut isinya sehingga memberikan gambaran tentang kesesuaian materi yang terdapat dalam buku teks Bahasa arab pada jenjang Mts kelas IX dengan menganalisis melalui perspektif pedoman kemahiran berbahasa. Hasil penelitian yang dilakukan dengan menganalisa buku teks Bahasa Arab KMA 183 dapat dipaparkan bahwa pada materi kemahiran membaca berada pada tingkatan pemula rendah dan terus meningkat hingga pada tingkatan pemula tinggi, sedangkan untuk materi kemahiran menulis konsisten berada pada tingkatan pemula tinggi. sedangkan untuk kemahiran Reseptif mencakup kemahiran membaca dan menyimak. Pada materi membaca yang secara keseluruhan mengalami peningkatan. Pada dua bab pertama diawali dengan tingkat materi kemahiran di level pemula tinggi (Novice High), lalu meningkat di Madya rendah (Intermediate Low). Hal ini berbeda dengan,materi kemahiran menyimak yang konsisten berada di tingkatan Pemula Tinggi (Novice High), dengan demikian menunjukan bahwa proses transformasi perubahan materi bisa dinikmati pembelajar di tiap babnya. Adapun pada materi membaca yang disajikan dalam buku teks tersebut berada pada level yang tidak berurutan, sehingga arah tujuan yang ingin dicapai dalam kompetensi menulis ini kurang terarah dan terstruktur.
APA, Harvard, Vancouver, ISO, and other styles
40

Yaacob, Yazilmiwati, and Rozaini Ahmad. "PENERAPAN KEMAHIRAN INSANIAH MELALUI INTERAKSI DAN INTEGRITI (2ICAMP) MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS) DI UNIVERSITI SUNWAY MALAYSIA." Practitioner Research 1 (December 31, 2019): 127–54. http://dx.doi.org/10.32890/pr2019.1.7.

Full text
Abstract:
Kebolehpasaran pekerjaan untuk setiap siswazah bukan sahaja diukur melalui kecemerlangan akademik mereka, tetapi juga kekuatan mereka secara fizikal, mental dan emosi. Lulusan universiti harus memiliki tahap kemahiran yang tinggi seperti kemahiran komunikasi, pemikiran dan kemahiran menyelesaikan masalah, kerja berpasukan, kemahiran pembelajaran dan kemahiran pengurusan berterusan, kemahiran kepimpinan, etika dan kemahiran moral, dan kemahiran teknologi. Namun begitu penekanan aspek ini didapati menimbulkan persoalan dan sering dipersoalkan. Kajian ini bertujuan meninjau penerapan kemahiran insaniah melalui program interaksi dan integriti (2ICAMP) sebagai modul pengajaran dan pembelajaran dalam kursus Tamadun Islam dan Asia (TITAS) di Universiti Sunway Malaysia. Kajian adalah penyelidikan kualitatif menggunakan kaedah analisis dokumen iaitu menganalisis data primer dan sekunder seperti buku, jurnal, kertas kerja persidangan, tesis dan laman web untuk menggambarkan konsep kemahiran lembut, Program Interaksi dan Integriti (2ICAMP), pengajaran dan modul pembelajaran kursus Tamadun Islam dan Asia (TITAS), dan latar belakang Universiti Sunway. Berdasarkan analisis deskriptif yang telah dijalankan, terdapat 20 nilai kemahiran insaniah yang telah disenaraikan dalam Program Interaksi dan Integriti (2ICAMP) sebagai kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam kursus TITAS di Sunway University. Program Interaksi dan Integriti (2ICAMP) merupakan program yang diterapkan oleh pensyarah TITAS kepada pelajar yang mengikuti kursus TITAS di Universiti Sunway bermula dari Januari 2014. Ia adalah program aktiviti luar bilik kuliah bagi kursus TITAS. Melalui program ini, pelajar akan dapat menerokai lebih banyak tentang kewujudan dan keunikan kepelbagaian budaya dan etnik di Malaysia, dapat meningkatkan kerja berpasukan dan toleransi antara lain, dapat menanamkan kemahiran komunikasi dan interaksi yang tepat di kalangan pelajar dari pelbagai kaum dan budaya. Selain itu, Program Campuran 2I juga boleh digunakan sebagai modul alternatif untuk pensyarah yang mengajar kursus ini. Melalui program ini pelajar boleh bergaul dengan pelajar lain yang berbeza agama dan kaum melalui modul kursus tamadun secara sistematik. Ini akan membantu para pensyarah untuk mencapai matlamat pengajaran mengikut garis panduan yang disediakan oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan akan dapat membantu pensyarah dalam memberi markah kepada pelajar mereka. Ini memberikan implikasi bahawa kemahiran insaniah melalui Program 2ICAMP memberikan implikasi yang positif dalam membina sakhsiah pelajar yang cekap dan baik serta membina graduan yang berkualiti.
APA, Harvard, Vancouver, ISO, and other styles
41

Ahmad Fared Mohd Din and Hj. Mohammad Seman. "Strategi Penghayatan Budaya Untuk Meningkatkan Kemahiran Bertutur Bahasa Arab." JALL | Journal of Arabic Linguistics and Literature 1, no. 2 (2022): 106–18. http://dx.doi.org/10.59202/jall.v1i2.364.

Full text
Abstract:

 
 
 Salah satu kemahiran bahasa yang paling sukar untuk dikuasai ialah kemahiran bertutur. Namun begitu, kajian emperikal telah membuktikan bahawa penggunaan Strategi Pembelajaran Bahasa (SPB) merupakan salah satu senjata yang berkesan untuk mengatasai masalah tersebut. Apabila kemahiran bertutur bahasa Arab dilihat sebagai suatu kemahiran bahasa yang paling sukar untuk dikuasai, maka penggunaan SPB yang sesuai harus dijanakan semaksima mungkin. Di antara aspek yang masih belum diterokai dengan lebih mendalam sebagai sebuah strategi pembelajaran bahasa untuk meningkatkan kemahiran bertutur ialah aspek penghayatan budaya. Kajian terdahulu hanya menyentuh mengenai kesan pembelajaran bahasa berasaskan pendekatan budaya, menyiasat sikap pelajar terhadap pembelajaran bahasa berasaskan budaya, mengenal pasti minat pelajar terhadap elemen budaya dan kesan bahan pembelajaran bahasa berasaskan budaya ke atas peningkatan linguistik pelajar. Namun begitu, kajian untuk meneroka aspek penghayatan budaya Arab sebagai satu strategi pembelajaran bahasa masih lagi belum dijalankan. Justeru, kertas ini bertujuan untuk (a) memerihalkan satu kajian awal untuk meneroka strategi baharu dalam menguasai kemahiran bertutur bahasa Arab yang dinamakan Strategi Penghayatan Budaya Arab (SPBA) dan; (b) mencadangkan beberapa strategi yang boleh dipraktikkan oleh pelajar untuk menguasai kemahiran bertutur bahasa Arab. Hasil penelitian mendapati bahawa strategi penghayatan budaya Arab dilihat mampu menyumbang ke arah peningkatan penguasaan kemahiran bertutur bahasa Arab melalui 3 aspek iaitu; (1) peningkatan motivasi, (2) ketepatan dan kefasihan sebutan ( segmental dan supra segmental ) dan; (3) penggunaan bahasa berdasarkan aspek sosiobudaya. Selain itu, terdapat 19 item SPBA yang boleh dipraktikkan oleh pelajar untuk menguasai kemahiran bertutur bahasa Arab. Kajian ini dilihat penting bagi membuka dimensi baharu dalam penggunaan strategi pembelajaran dalam menjadikan penguasaan kemahiran bertutur bahasa Arab lebih mudah, lebih menarik, lebih efektif, lebih menyeronokkan dan lebih bersifat realistik.
 
 
 
APA, Harvard, Vancouver, ISO, and other styles
42

Sukor, Noradilah binti, Ts Zainolrin bin Saari, and Nor Azimah binti Ibrahim. "Impak Program Service Learning K@Ply2com Terhadap Kemahiran Generik Pelajar Di Politeknik Mersing." Technical and Vocational Education International Journal (TAVEIJ) 4, no. 1 (2024): 15–21. https://doi.org/10.55642/taveij.v4i1.621.

Full text
Abstract:
Knowledge Applying to Community (k@ply2com) merupakan platform pembelajaran transformatif iaitu pembelajaran melalui pengalaman yang menggunakan pendekatan konstruktivisme sosial dan pembelajaran berpusatkan pelajar. Manakala kemahiran generik merupakan salah satu penilaian afektif yang diukur dikalangan pelajar merangkumi kemahiran komunikasi dan kemahiran kerjasama secara berkumpulan. Kajian ini bertujuan mengenal pasti impak k@ply2com terhadap kemahiran generik pelajar di Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (JTMK), Politeknik Mersing. Reka bentuk kajian adalah kajian kuantitatif berbentuk tinjauan dengan menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen. Data dianalisis secara kuantitatif dan responden terdiri daripada 58 orang pelajar yang mengambil kursus Digital Multimedia (DFT30153) bagi menjawab objektifeneri kajian. Instrumen yang digunakan di dalam kajian ini adalah soal selidik di mana setiap item yang dikemukakan diukur menggunakan Skala Likert Lima Mata. Dapatan kajian menunjukkan tahap program k@ply2com terhadap kemahiran generik pelajar di Politeknik Mersing mempunyai impak yang tinggi dengan purata skor min adalah 4.43 bagi aspek tahap kemahiran komunikasi dalam kalangan pelajar dengan komuniti usahawan, manakala bagi aspek keupayaan pelajar dalam memberi kerjasama secara berkumpulan memperolehi skor min 4.44. Justeru itu, pelaksanaan program k@ply2com dapat meningkatkan pembangunan diri pelajar serta menyokong keberhasilan bagi hasil pembelajaran Course Learning Outcome (CLO) dan Programme Learning Outcome (PLO) terhadap kemahiran keusahawanan dan kemahiran pengurusan berpasukan yang baik.
APA, Harvard, Vancouver, ISO, and other styles
43

Fatonah, Nurun, Muslimin Muslimin, and Haeruddin Haeruddin. "PENERAPAN MODEL PEMBELAJARAN BERBASIS PROYEK UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN GENERIK SAINS PADA SISWA SMP NEGERI 1 DOLO." JPFT (Jurnal Pendidikan Fisika Tadulako Online) 3, no. 1 (2015): 51. http://dx.doi.org/10.22487/j25805924.2015.v3.i1.4333.

Full text
Abstract:
Abstrak - Penelitian ini bertujuan untuk mengetahui apakah model pembelajaran berbasis proyek dapat meningkatkan kemahiran generik sains pada siswa SMP Negeri 1 Dolo dan untuk mengetahui apakah terdapat perbedaan rata-rata kemahiran generik sains antara siswa yang diajar menggunakan model pembelajaran berbasis proyek dengan siswa yang diajar menggunakan pembelajaran konvensional model direct instruction. Kemahiran generik sains penting untuk dikembangkan karena dapat meningkatkan kemampuan berpikir kompleks (berpikir tingkat tinggi). Metode yang digunakan adalah eksperimen kuasi dengan the non-equivalent pretest-posttes design. Populasi penelitian ini adalah seluruh siswa kelas VIII SMP Negeri 1 Dolo. Teknik pengambilan sampel adalah purposive sampling. Kelas VIII D sebagai kelas eksperimen dan kelas VIII A sebagai kelas kontrol. Instrumen tes kemahiran generik sains berupa tes esai yang telah divalidasi oleh validator. Hasil peningkatan rata-rata N-gain kemahiran generik sains yang mengikuti model pembelajaran berbasis proyek adalah 48,43% yang berkategori sedang dan peningkatan rata-rata kemahiran generik sains yang mengikuti pembelajaran konvensional model direct instruction adalah 30,11% yang berkategori sedang. Hasil perhitungan statistik dari uji perbedaan rata - rata menggunakan uji-t didapatkan harga thitung > ttabel dengan nilai thitung 4,72 dan ttabel pada taraf signifikansi 5% dan dk = 30 adalah 1,70. Disimpulkan bahwa terdapat perbedaan rata–rata kemahiran generik sains antara siswa yang mendapatkan pembelajaran berbasis proyek dengan pembelajaran konvensional model direct instruction. Kata Kunci: Model pembelajaran berbasis proyek, kemahiran generik sains.
APA, Harvard, Vancouver, ISO, and other styles
44

Mohd Sharif, Muhammad Haziq, Muhamad Nasarudin Che Azid, and Wan Arief Nizamuddin Wan Kharuddin. "Penerapan Kaedah Tunjuk Cara Dalam Aktiviti Fizikal dan Estetika untuk Meningkatkan Kemahiran Menggunting Kanak-kanak." Jurnal Pendidikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan 10, no. 2 (2021): 85–102. https://doi.org/10.37134/jpak.vol10.2.8.2021.

Full text
Abstract:
Kemahiran menggunting adalah sokongan kepada kemahiran menulis dan kemahiran-kemahiran bilateral pergerakan motor yang lain. Oleh itu, tujuan kajian ini adalah untuk meningkatkan kemahiran menggunting kanak-kanak dengan menggunakan kaedah tunjuk cara dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) tunjang perkembangan fizikal dan estetika. Kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti implikasi kaedah tunjuk cara terhadap proses PdP. Kajian ini merupakan kajian kualitatif dengan reka bentuk kajian tindakan. Kajian ini melibatkan kanak-kanak kelas 5 tahun daripada sebuah tadika swasta di Bukit Beruntung, Selangor. Dua orang kanak-kanak yang didapati mengalami masalah menggunakan gunting telah dipilih sebagai peserta kajian. Data dikumpul daripada senarai semak, nota lapangan, foto dan temu bual, seterusnya dianalisis mengikut tema. Analisis data menunjukkan Peserta 2 iaitu kanak-kanak lelaki mengalami peningkatan kemahiran menggunting dari aspek pegangan gunting dan gerakan memotong, manakala Peserta 1 iaitu kanak-kanak perempuan masih lagi lemah disebabkan kurang keyakinan diri. Selain itu, dapatan juga menunjukkan kaedah tunjuk cara dapat meningkatkan kefahaman dan minat kanak-kanak 5 tahun selain daripada dua orang peserta kajian tersebut, sekali gus melancarkan proses PdP. Kesimpulannya, penerapan kaedah tunjuk cara dalam aktiviti fizikal dan estetika telah meningkatkan kemahiran menggunting, kefahaman dan minat kanak-kanak, namun tidak memberi kesan secara menyeluruh. Implikasi kajian ini ialah kaedah tunjuk cara wajar diterapkan dalam PdP bagi tunjang perkembangan fizikal dan estetika selain menggunting khususnya yang melibatkan kemahiran bilateral pergerakan motor, tetapi perlu mengintegrasikan peneguhan positif.
APA, Harvard, Vancouver, ISO, and other styles
45

Hashim, Wan Ajrul Asward Bin Wan, Siti Mahani Binti Shaik Ismail, and Nurhalisa binti Mohd Ali Ali. "Kajian Keberkesanan Program Latihan Kemahiran Dalam Kalangan Pelajar Tahfiz di Pasir Gudang." Technical and Vocational Education International Journal (TAVEIJ) 3, no. 1 (2023): 98–106. https://doi.org/10.55642/taveij.v3i1.291.

Full text
Abstract:
Program Latihan Kemahiran kepada pelajar tahfiz telah dilaksanakan dibawah Unit Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) di Kolej Komuniti Pasir Gudang bermula 2020 hingga 2022. Program ini dilaksanakan untuk menyediakan latihan bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pelajar tahfiz. Di samping itu, boleh digunakan untuk menjana pendapatan dan memberi peluang untuk berdikari dalam kehidupan selepas tamat pengajian. Kajian ini dilaksanakan bagi mengenal pasti tahap keberkesanan Program Latihan Kemahiran dalam kalangan pelajar tahfiz di Pasir Gudang. Responden kajian melibatkan seramai 22 orang pelajar Maahad Tahfiz Al-Quran Ansar, 38 orang pelajar Al Maahad Tahfiz Al-Quran Tarbiah Wat Tahfiz dan 20 pelajar Maahad Tahfiz Darul Uloom Asadul Haramain yang telah menyertai Program Latihan Kemahiran di Kolej Komuniti Pasir Gudang bermula April hingga Julai 2022. Reka bentuk kajian dijalankan secara kuantitatif dan dianalisis secara deskriptif untuk mencari kekerapan, peratusan dan nilai min. Hasil kajian mendapati bahawa tahap keberkesanan Program Latihan Kemahiran dalam kalangan pelajar tahfiz berada pada tahap yang tinggi dengan nilai skor 4.37. Program Latihan Kemahiran yang dilaksanakan untuk pelajar tahfiz harus diteruskan dan dikekalkan bagi membantu meningkatkan pengetahuan dan kemahiran serta memberi peluang pekerjaan tambahan pada mereka.
APA, Harvard, Vancouver, ISO, and other styles
46

Wan Zamani Nor, Wan Noor Syamimi, and Zaharah Osman. "Analisis keperluan: Penguasaan kemahiran pratulis kanak-kanak prasekolah." Jurnal Pendidikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan 14, no. 1 (2025): 13–23. https://doi.org/10.37134/jpak.vol14.1.2.2025.

Full text
Abstract:
Kajian ini bertujuan untuk menganalisis keperluan dalam penguasaan kemahiran pratulis dalam kalangan kanak-kanak prasekolah berumur 5 tahun. Instrumen utama yang digunakan ialah soal selidik yang melibatkan 30 orang guru prasekolah. Data yang dikumpul dianalisis secara kuantitatif menggunakan peratusan deskriptif melalui perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) versi 27.0. Hasil kajian menunjukkan maklum balas positif daripada guru-guru prasekolah terhadap keperluan meningkatkan kemahiran pratulis kanak-kanak. Majoriti guru bersetuju dengan item-item yang dinyatakan, dengan nilai peratusan yang memuaskan. Ini menunjukkan bahawa aspek penguasaan kemahiran pratulis adalah kritikal dan perlu diberikan perhatian dalam pelaksanaan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK). Implikasi kajian menunjukkan bahawa usaha meningkatkan kemahiran pratulis berpotensi memberikan kesan positif kepada perkembangan awal kanak-kanak. Intervensi yang sesuai dapat membantu mengukuhkan kemahiran motor halus dan koordinasi mata-tangan serta meningkatkan minat dan motivasi kanak-kanak dalam pembelajaran pratulis. Secara keseluruhan, kajian ini menekankan keperluan asas literasi awal yang kukuh bagi memastikan kanak-kanak lebih bersedia untuk memasuki pendidikan formal dengan kemahiran pratulis yang mantap.
APA, Harvard, Vancouver, ISO, and other styles
47

Zaryati Zaini and Mardhiah Binti Shari. "Kajian Keberkesanan Latihan Industri Pelajar Sijil Teknologi Elektrik (Tahun 2018-2020), Kolej Komuniti Jelebu dari Persepsi Majikan." INTERNATIONAL JOURNAL OF ADVANCED RESEARCH IN FUTURE READY LEARNING AND EDUCATION 28, no. 1 (2022): 17–23. http://dx.doi.org/10.37934/frle.28.1.1723.

Full text
Abstract:
Latihan Industri merupakan satu peluang untuk mendapatkan pengalaman dan pendedahan kepada pelajar Sijil Teknologi ELektrik (Pemasangan dan Perkhidmatan) bagi menerokai dunia realiti alam pekerjaan sebenar dalam bidang teknologi elektrik amnya dan bidang pendawaian khususnya. Selain memupuk kemahiran teknikal, kemahiran generik juga dilakukan oleh pelajar ketika melaksanakan latihan industri. Kajian ini dirancang dan dilaksanakan bagi mengenal pasti tahap persepsi majikan terhadap pelajar Sijil Teknologi Elektrik dalam tiga aspek iaitu kemahiran teknologi elektrik, peraturan keselamatan dan amalan kerja serta kemahiran generik. Kajian ini merupakan kajian tindakan dan menganalisa maklumbalas majikan bagi pelajar yang menghadiri latihan industri bermula tahun 2018 sehingga 2020. Dapatan kajian ini memberi kepentingan kepada institusi dalam memastikan keluaran graduan yang berkualiti. Sebanyak 126 sampel maklumbalas majikan telah digunakan di dalam kajian ini. Hasil kajian menunjukkan maklumbalas majikan amat memberangsangkan dengan skor min melebihi 4.0 kepada tiga aspek yang dikaji iaitu kemahiran teknologi, peraturan keselamatan dan amalan baik dan keyakinan diri dan kemahiran berkomunikasi.
APA, Harvard, Vancouver, ISO, and other styles
48

Nordin, Naufal, Kumaresan Murthi, and Mohd Izzuddin Hairol. "Pengaruh persepsi visual dan koordinasi motor terhadap penguasaan kemahiran visual-motor kanak-kanak prasekolah." Jurnal Pendidikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan 11, no. 1 (2022): 40–49. https://doi.org/10.37134/jpak.vol11.1.4.2022.

Full text
Abstract:
Kemahiran integrasi visual-motor (VMI) berkait rapat dengan kemahiran menulis dan membaca seseorang kanak-kanak. Walau bagaimanapun, tidak diketahui sejauh mana kemahiran persepsi visual dan koordinasi motor mempengaruhi kemahiran VMI mereka. Objektif kajian keratan rentas ini adalah untuk mengukur dan menentukan hubungan di antara kemahiran VMI dengan skor persepsi visual dan skor koordinasi motor bagi satu sampel kanak-kanak prasekolah. Seramai 62 orang kanak-kanak berbangsa Melayu daripada Tadika KEMAS sekitar Kuala Lumpur (min umur 5.48±0.50 tahun) telah menyertai kajian ini. Skor VMI, persepsi visual dan koordinasi motor mereka diukur menggunakan ujian Beery-VMI edisi keenam dan dibandingkan dengan skor standard Amerika Syarikat (AS) (100±15) menggunakan ujian t satu sampel. Hubungan di antara ketiga-tiga skor ini ditentukan menggunakan ujian regresi berganda. Min skor VMI, persepsi visual, dan koordinasi motor adalah masing-masing 99.53±9.26, 101.74±13.40 dan 121.52±13.03. Skor VMI dan persepsi penglihatan sampel kajian tidak berbeza secara signifikan dengan skor standard AS (semua p>0.05). Skor koordinasi motor pula adalah lebih tinggi dan signifikan berbanding skor standard AS (t(61) = 12.90, p < 0.001). Model regresi linear berganda menjelaskan 18.8% varians dan dapat meramalkan skor VMI dengan signifikan [F(2,8)=6.70, p=0.002]. Skor koordinasi motor menyumbang secara signifikan kepada model ini (B=0.24, p=0.007) tetapi skor persepsi visual tidak menyumbang secara signifikan (B=0.15, p=0.087). Kesimpulannya, kanak-kanak prasekolah di Malaysia mempunyai kemahiran VMI dan kemahiran persepsi visual yang setara dengan skor standard AS. Skor koordinasi motor mereka pula adalah melebihi skor standard ini. Kemahiran VMI perlu diasah sebaiknya dari peringkat prasekolah memandangkan ia berkait dengan kemahiran menulis seterusnya mempengaruhi pencapaian akademik kanak-kanak.
APA, Harvard, Vancouver, ISO, and other styles
49

Yulistio, Didi. "PERSIAPAN KEMAHIRAN BERBICARA FORMAL." Diksa : Pendidikan Bahasa dan Sastra Indonesia 2, no. 2 (2016): 171–83. http://dx.doi.org/10.33369/diksa.v2i2.3458.

Full text
Abstract:
Kegiatan berbicara dalam situasi resmi melibatkan audien dengan berbagai latar belakang pendidikan. Kegiatan berbicara ini merupakan proses berbahasa lisan dalam mengekspresikan pikiran dan perasaan, menyampaikan berbagai informasi tentang sesuatu, dan merefleksikan pengalaman pembicara. Tujuan kajian ini untuk mendeskripsikan beberapa aspek terkait persiapan kemahiran berbicara dalam forum formal/resmi. Untuk itu, seorang pembicara dalam forum ini perlu mempersiapkan diri yang baik khususnya berbagai kecakapan yang perlu dimiliki seperti melakukan observasi situasi, kondisi, dan toleransi sebelum kegiatan dilakukan. Secara umum, persiapan kemahiran berbicara mencakup persiapan aspek bahasa dan nonbahasa. Secara khusus, hal penting yang perlu dipersiapkan bagi seorang pembicara yang akan melakukan kegiatan berbicara formal, mencakup (1) persiapan pengetahuan atau pengalaman tentang materi yang akan disampaikan dan telah dimiliki pembicara, (2) persiapan sistematika atau organisasi urutan berbicara, (3) persiapan penguasaan unsur kebahasaan, dan (4) persiapan penyajian atau unsur nonkebahasaan.
APA, Harvard, Vancouver, ISO, and other styles
50

Sapudin, Lisah, and Norasmah Othman. "Kemahiran Abad ke-21 Murid Sekolah Menengah." Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH) 7, no. 12 (2022): e001999. http://dx.doi.org/10.47405/mjssh.v7i12.1999.

Full text
Abstract:
Cabaran dunia pendidikan hari ini ialah untuk melahirkan murid yang menyeluruh dan seimbang daripada aspek jasmani, rohani, intelek dan emosi. Cabaran ini menjadi semakin hebat apabila isu-isu berkaitan globalisasi, pengantarabangsaan, Revolusi Industri 4.0 dan impaknya terhadap perubahan gaya hidup masyarakat menuntut perubahan besar terhadap kurikulum pendidikan. Keperluan terhadap pekerja mahir dalam pasaran kebolehkerjaan menuntut masyarakat untuk memiliki kemahiran-kemahiran yang diperlukan dalam abad ke-21. Rentetan itu, maklumat untuk mengenal pasti tahap kemahiran abad ke-21 yang dimiliki murid sekolah menengah adalah satu keperluan. Maka, satu kajian berbentuk kuantitatif dengan menggunakan kaedah tinjauan melalui soal selidik telah dilaksanakan. Seramai 422 murid sekolah menengah yang mengambil subjek Perniagaan telah dilibatkan dalam kajian. Data dari soal selidik yang diterima dianalisis dengan berbantukan Pakej Statistik untuk Sains Sosial (SPSS) versi 28. Dapatan analisis kajian menunjukkan bahawa tahap kemahiran abad ke-21 murid sekolah menengah yang mengambil subjek perniagaan berada pada tahap sederhana tinggi. Ini bermakna kemahiran abad ke-21 dalam kalangan murid masih belum memuaskan. Hatta diharap hasil dari kajian ini, pihak perancang kurikulum perlu memberi perhatian kepada cara bagaimana ingin menerapkan kemahiran abad ke-21 dengan lebih efektif. Strategi kaedah pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian dalam menerapkan kemahiran abad ke-21 kepada murid sekolah perlu dikenal pasti agar tuntutan masyarakat berjaya dicapai.
APA, Harvard, Vancouver, ISO, and other styles
We offer discounts on all premium plans for authors whose works are included in thematic literature selections. Contact us to get a unique promo code!

To the bibliography