Academic literature on the topic 'Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan (Malaysia)'

Create a spot-on reference in APA, MLA, Chicago, Harvard, and other styles

Select a source type:

Consult the lists of relevant articles, books, theses, conference reports, and other scholarly sources on the topic 'Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan (Malaysia).'

Next to every source in the list of references, there is an 'Add to bibliography' button. Press on it, and we will generate automatically the bibliographic reference to the chosen work in the citation style you need: APA, MLA, Harvard, Chicago, Vancouver, etc.

You can also download the full text of the academic publication as pdf and read online its abstract whenever available in the metadata.

Journal articles on the topic "Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan (Malaysia)"

1

Rahmat, Nur Ezan, Norazlina Abdul Aziz, Mazlina Mohamad Mangsor, and Muhamad Ikhwan Mohd Zain. "Kedaulatan Raja-Raja Melayu Melangkaui Peruntukan Perlembagaan Persekutuan: Implikasinya ke atas Sistem Raja Berperlembagaan di Malaysia." Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH) 6, no. 8 (August 10, 2021): 1–14. http://dx.doi.org/10.47405/mjssh.v6i8.969.

Full text
Abstract:
Malaysia mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan iaitu Raja harus bertindak mengikut peruntukan perlembagaan yang telah ditetapkan sekaligus menutup ruang kepada kebebasan memerintah (kuasa mutlak) dalam sistem pentadbiran negara. Disebabkan ada beberapa keadaan dalam Perlembagaan Malaysia yang tidak menyebut secara jelas tentang kedaulatan dan kuasa Raja-Raja Melayu, maka Raja-Raja Melayu adakalanya menggunakan budi bicara melangkaui peruntukan dalam perlembagaan. Tindakan ini serigkali dicabar keabsahahnya. Objektif penyelidikan ini adalah untuk mengkaji sejauh manakah kedaulatan dan kuasa Raja-Raja Melayu boleh melangkaui peruntukan di bawah Perlembagaan Persekutuan serta implikasinya terhadap masyarakat, kerajaan dan negara. Penyelidikan ini menggunakan kaedah kualitatif beserta kajian lapangan. Data yang berasaskan sumber primer, sekunder, pemerhatian dan temu bual telah dianalisa untuk mendapatkan hasil bagi kajian ini. Hasil dapatan penyelidikan ini dapat menerangkan kepada masyarakat dan kerajaan betapa pentingnya kedaulatan Raja-Raja Melayu di bawah Perlembagaan Persekutuan, sekaligus menekankan beberapa situasi yang Raja-Raja Melayu boleh menggunakan budi bicara untuk membuat sesuatu keputusan walaupun tidak termaktub di bawah Perlembagaan Persekutuan, demi kemaslahatan dan kesejahteraan masyarakat dan negara.
APA, Harvard, Vancouver, ISO, and other styles
2

Azlan, Ariff Aizuddin, Shahidah Abdul Razak, and Zouhair Mohd Rosli. "Gelagat Berparlimen Pasca-Rejim Autoritarian: Satu Tinjauan Awal dalam Politik Malaysia." Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH) 6, no. 9 (September 10, 2021): 49–59. http://dx.doi.org/10.47405/mjssh.v6i9.1017.

Full text
Abstract:
Perspektif konvensional memposisikan Parlimen itu sebagai satu sumber yang signifikan untuk proses penyuburan demokrasi setempat dan kewujudan Parlimen itu membawa kepada satu andaian bahawa sememangnya proses pengukuhan demokrasi itu tidak asing dan ia bergantung kepada aspek-aspek keberfungsian sesuatu institusi itu dan juga jenis sistem politik yang diterapkan. Justeru itu, kekalahan rejim Barisan Nasional di dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 yang diadakan pada Mei 2018 membuktikan bahawa gelombang pendemokrasian telah berjaya menembusi tembok autoritarian yang dibina berdekad lamanya. Tentangan politik yang diolah oleh gabungan pembangkang Pakatan Harapan memberikan impak yang sangat signifikan terhadap perubahan corak kekuasaan di peringkat persekutuan dan negeri. Kajian ini juga berhujah bahawa kejatuhan rejim autoritarian telah membawa kepada pendemokrasian gelagat berparlimen di mana institusi tersebut menyaksikan beberapa siri perubahan yang drastik di bawah pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan. Pembaharuan institusi yang dibawa oleh pentadbiran Pakatan Harapan ini adalah signifikan di mana kuasa politik tidak lagi dipusatkan dan tertumpu sepenuhnya di bawah satu punca kuasa yang sama dan pertukaran kepimpinan di peringkat persekutuan ini juga menyaksikan Parlimen beroperasi sepenuhnya mengikut skema demokrasi yang dianjurkan dan seterusnya menjadikan gelagat berparlimen itu lebih menyeluruh.
APA, Harvard, Vancouver, ISO, and other styles
3

Esa, Mohd Sohaimi, and Romzi Ationg. "Menyingkap Peristiwa Penyingkiran Singapura dari Malaysia (1963-1965)." Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH) 5, no. 12 (December 2, 2020): 217–29. http://dx.doi.org/10.47405/mjssh.v5i12.589.

Full text
Abstract:
Sebaik sahaja penubuhan Malaysia, pemimpin Persekutuan yang diterajui oleh Tunku Abdul Rahman-Tun Razak bukan sahaja terpaksa berhadapan dengan konfrontasi Malaysia-Indonesia, tetapi juga masalah Singapura yang dicetuskan oleh Lee Kuan Yew. Lee Kuan Yew terus menerus mencetuskan provokasi dan tekanan kepada kerajaan pusat sehingga membawa kepada penyingkiran Singapura dari Malaysia. Justeru itu, tidak hairanlah sekiranya salah seorang pemimpin utama Persekutuan, Timbalan Perdana Menteri Tun Abdul Razak menganggap Singapura seumpama, ‘duri dalam daging’ selama berada dalam Malaysia. Persoalannya, mengapakah beliau mengungkapkan perumpamaan tersebut? Kertas kerja ini akan menyingkap peristiwa penyingkiran Singapura dari Malaysia (1963-1965), terutamanya dalam aspek peranan yang dimainkan oleh Tun Razak dalam usaha meleraikan isu berkaitan Singapura semasa dalam Persekutuan Malaysia.
APA, Harvard, Vancouver, ISO, and other styles
4

Mohd Yusoff, Ahmad Nasir B., Nik Rosniwati Ismail, Mohd Taufik Ayup, and Mohd Shafiqul Islam. "Piagam Madinah dalam Pembentukan Peradaban Multietnik Pasca Malaysia." Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH) 6, no. 8 (August 10, 2021): 269–80. http://dx.doi.org/10.47405/mjssh.v6i8.922.

Full text
Abstract:
Islam adalah agama kebaikan, keamanan, ketenangan dan kesejahteraan kepada seluruh alam semesta. Dalam teks ucapan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebaik memulakan tugas sebagai Perdana Menteri kelapan di Perdana Putra dan setelah mengangkat sumpah di hadapan YDPA, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara, beliau ada menyatakan ‘baik saudara orang Melayu, saudara orang Cina, saudara orang India, Sikh, Iban, Kadazan, Dusun, Murut, orang asal, atau apa jua kaum dan etnik, saya adalah Perdana Menteri saudara’,’kerajaan pimpinan saya akan memberi tumpuan kepada pelaksanaan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 yang akan melonjakkan pertumbuhan ekonomi negara dan merapatkan jurang ekonomi dalam komuniti’ dan ‘saya adalah Perdana Menteri untuk semua rakyat Malaysia dari Perlis hingga ke Sabah. Kata-kata ini sesuai dalam era pentadbiran Pasca Malaysia serta usaha membentuk peradaban multietnik yang sejahtera. Islam melarang manusia berlaku zalim sesama manusia termasuk haiwan. Hadis riwayat al-Imam al-Hakim, Rasulullah SAW bersabda;“Sesiapa yang dengan sewenang-wenang membunuh burung, atau haiwan lain yang lebih kecil daripadanya, maka Allah SWT akan meminta pertanggungjawaban kepadanya”. Malaysia adalah negara berbilang etnik dan peradaban. Agenda penyatuan dan perpaduan kaum berbilang bangsa, agama, keturunan dan hak sama rata dijaga Perlembagaan dan Perundangan Negara, tanpa mengganggu hak-hak kaum bumiputera. Ia telah dipersetujui dalam kontrak sosial oleh kaum Melayu, Cina dan India semasa pembentukan Perlembagaan Malaysia (1957). Aspek kesepaduan etnik adalah idea kreatif dan inovatif penyatuan etnik dan kehidupan yang baik lagi makmur. Perbincangan isu ini menjadi kontemporari khususnya di era Pasca Malaysia yang mempunyai penduduk berbilang bangsa dan budaya. Komuniti Malaysia daripada golongan profesional, sokongan, bumiputera dan bukan bumiputera, bersedia menerima agenda penyatuan ini sebagai formula yang menyamaratakan semua etnik tanpa menggadaikan kontrak sosial seperti hak-hak istimewa orang Melayu, kemasukan pelajar bumiputera ke IPT, hak kerakyatan, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan Islam sebagai agama persekutuan. Piagam Madinah pula adalah perlembagaan bertulis dan dipersetujui bersama oleh semua golongan komuniti Islam Madinah dan komuniti Yahudi yang menjadi warganegara Madinah yang ditadbir urus oleh Rasulullah SAW. Disebut ’Sahifah al Madinah’ kerana ia merupakan perlembagaan bertulis pertama di dunia serta menjadi asas pembentukan negara Islam. Terdapat 10 Bahagian dan 47 fasal. 23 fasal berkaitan peraturan antara komuniti Islam dan 24 fasal lagi berkaitan komuniti Yahudi. Menurut kajian sejarawan, terbentuknya Piagam Madinah melalui perjanjian Aqabah pertama yang dihadiri 12 penduduk Madinah. Antara intipati perjanjian seperti menjauhi syirik, membunuh anak, tidak menipu dan mentaati perintah Rasulullah SAW. Mus’ab ibn Umar diutus ke Madinah mengajar al Quran oleh Rasulullah SAW dan sambutan yang diterima amat menggalakkan oleh etnik Aus dan Khazraj. Ikatan perjanjian Aqabah Kedua juga diadakan, melibatkan 73 lelaki dan 2 wanita Madinah, dibawa oleh Mus’ab bertemu Rasulullah SAW dan berbai’ah menjaga dan mempertahankan perjuangan dakwah Rasulullah SAW. Mereka berikrar untuk tidak berpecah belah, bercakap sombong dan taat setia ketika senang atau susah. Penulisan ini melihat peranan Piagam Madinah dalam melestarikan kehidupan, peradaban dan kesepaduan rakyat Malaysia sesuai dengan agenda pentadbiran PascaMalaysia.
APA, Harvard, Vancouver, ISO, and other styles
5

Muhamad Asni, Muhammad Fathullah Al Haq, and Jasni Sulong. "Penyelarasan Fatwa Antara Negeri-Negeri: Analisis Amalan dan Kaedah Penyeragamannya di Malaysia." Journal of Fatwa Management and Research 9, no. 1 (July 12, 2018): 86–109. http://dx.doi.org/10.33102/jfatwa.vol9no1.41.

Full text
Abstract:
Fatwa is usually associated with a formal decision in respect of any Islamic law issued by a committee of religious-based regions or countries that have legal jurisdiction. Therefore, a fatwa gazetted in particular has the power legally enforceable against civilians in the territory. However the difference territory and jurisdiction of religion causing inconsistencies especially pronounced in response to the question of who gets disputes by fuqaha’ (khilafiyyah). This situation is clearly in Malaysia, where there are 14 State Mufti Department varying representing their respective states. Some fatwas issued by these states are found to be unparalleled to each other and this situation poses a conflict, especially in the administration of law. Although each state has a State Administration of Islamic Affairs which is almost uniform, have a provision referring to Islamic law (qawl final) and monitoring by the National Fatwa Committee on an issue of national fatwa, but some of the fatwa still in dispute resolution. The situation is the existence of a situation of unjust laws, there is no consistency in doing ijtihad, which denies the meaning of equality in the decision of Islamic law in the country. Thus, based on this, the study was conducted to identify the cause of the inconsistency of this fatwa, the factors influencing and measures and proposals to overcome. This is a qualitative research methodology in which data were collected through library research and field studies. Field studies conducted interviews with the mufti method, istinbat officials and senior academics. The study found that the Federal Government through Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (JAKIM) has undertaken several initiatives to overcome this but the attitude of some members of the committee of states fatwa on the matter, which holds tight (rigid) to the Shafi'i and mastering knowledge in accepting differences of opinion (mura'ah al-khilaf ) restrain to reach this goal. This is because the Majlis Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan (MJFK) was agreed as the medium of fatwa union between the states in the country and should be given priority at this stage of legal decisions ruling that the state can participate fully. Keywords: Fatwa, the difference (khilaf), Mufti, istinbat methods, Shafi'i madhhab Abstrak Fatwa adalah biasanya dikaitkan dengan keputusan rasmi berkenaan sesuatu hukum syarak yang dikeluarkan oleh sesuatu jawatankuasa agama yang berasaskan wilayah atau negara yang mempunyai bidangkuasa undang-undang. Oleh kerana itu, sesuatu fatwa khususnya yang diwartakan mempunyai kuasa perundangan yang boleh dikuatkuasakan ke atas orang awam di wilayah terbabit. Bagaimanapun perbezaan wilayah dan bidangkuasa agama menyebabkan berlakunya ketidakseragaman fatwa khususnya dalam menanggapi persoalan yang mendapat perselisihan fuqaha’ (khilafiyyah). Keadaan ini amat terserlah di Malaysia di mana terdapat 14 Jabatan Mufti Negeri yang berbeza-beza yang mewakili negeri masing-masing. Sebahagian fatwa yang dikeluarkan oleh negeri-negeri ini didapati tidak selari antara satu sama lain dan keadaan ini menimbulkan konflik terutamanya dalam pentadbiran undang-undang. Walaupun setiap negeri mempunyai Enakmen Hal Ehwal Pentadbiran Agama Islam yang hampir seragam, mempunyai peruntukan rujukan hukum syarak (qawl muktamad) yang sama dan pemantauan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dalam sesuatu isu fatwa nasional, namun sebahagian fatwa tersebut masih lagi mendapat perselisihan keputusan. Keadaan ini mewujudan situasi hukum yang tidak adil, tiada keselarasan dalam melakukan ijtihad, yang menafikan maksud kesaksamaan dalam keputusan hukum syarak dalam negara ini. Justeru berdasarkan hal ini, kajian dijalankan untuk mengenal pasti punca ketidakselarasan fatwa ini, faktor-faktor yang mempengaruhi dan langkah serta cadangan untuk mengatasinya. Metodologi kajian ini bersifat kualitatif di mana data-data dikumpulkan melalui kajian kepustakaan dan kajian lapangan. Kajian lapangan dilakukan secara metod temubual dengan para mufti, pegawai istinbat dan ahli akademik. Hasil kajian mendapati bahawa Kerajaan Persekutuan melalui Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (JAKIM) telah melakukan beberapa inisiatif untuk mengatasi hal ini namun sikap sesetengah ahli jawatankuasa fatwa negeri yang ketat (rigid) kepada Mazhab Syafi'i dan penguasaan ilmu dalam menerima perbezaan pandangan (mura'ah al-khilaf) mengekang kepada capaian matlamat ini. Ini kerana Majlis Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan (MJFK) telah dipersetujui sebagai medium penyatuan fatwa antara negeri-negeri di negara ini dan sepatutnya diutamakan keputusan hukum di peringkat ini supaya fatwa negeri dapat mengikuti dengan sepenuhnya. Kata kunci: Fatwa, perbezaan (khilaf), Mufti, kaedah istinbat, Mazhab Syafi'i.
APA, Harvard, Vancouver, ISO, and other styles
6

Muhammad, Ramizah Wan, Khairunnasriah Abdul Salam, Afridah Abbas, and Nasimah Hussin. "The Legal Framework of Islamic Criminal Law in Aceh with refer-ence to Application, Challenges and Way Forward (Kerangka undang-undang jenayah Islam di Aceh merujuk kepada aplikasi, cabaran dan jalan kehadapan)." Journal of Islam in Asia (E-ISSN: 2289-8077) 15, no. 3 (October 12, 2018): 300–314. http://dx.doi.org/10.31436/jia.v15i3.706.

Full text
Abstract:
Aceh is a special province in Indonesia and different from other Indonesian provinces especially in the context of Shari'ah related laws. Aceh was granted special autonomy and legal right by the Indonesian central government in 2001 to fully apply Islamic law in the province. Generally, Islamic law which is applicable to Muslims in Indonesia is limited to personal laws just as in Malaysia. However, with the passage of time, Islamic law has expanded to include Islamic banking and finance. Besides that, Islamic law in Aceh is also extended to govern criminal matters which are in line with the motto of Aceh Islamic government to apply Islamic law in total or kaffah. Since 1999, the legal administration of Aceh has begun to gradually put in place the institutional framework to ensure that Islamic law is properly administered and implemented. Equally important, such framework is also aimed to ensure that punishments are fairly executed. This paper attempts to analyse the extent of the applicability of Islamic criminal law in Aceh. It is divided into three major parts. The first part discusses the phases in making Aceh an Islamic province and the roles played by Dinas Syariat Islam Aceh as the policy maker in implementing Islamic law as well as educating and training the public about the religion of Islam. The second part gives an overview on the Islamic criminal law and punishment provided in Qanun Aceh No.6/2014 on Hukum Jinayat (hereinafter Qanun Hukum Jinayat or “QHJ”) as well as the criminal procedural law concerning the methods of proof codified in Qanun Aceh No.7/2013 on Hukum Acara Jinayat (hereinafter “QAJ”). The third part of this paper highlights the challenges in the application and implementation of Islamic criminal law in Aceh, and accordingly provides recommendations for the improvement of the provisions in the QHJ and QAJ. Inputs from the interviews with the drafters of QHJ, namely Prof. Dr. Hamid Sarong and Prof. Dr Al Yasa are utilized in preparing this paper. In addition, inputs gathered from nongovernmental organizations (NGOs), namely Indonesian Syarie Lawyers Association (APSI) and Jaringan Masyarakat Sipil Peduli Syariah (JMSPS) are employed. The findings of this research are important in providing an in-depth understanding on the framework of Islamic criminal law in Aceh as well as in recognizing the flaws in its application or practical aspects of the law in Aceh. Keywords: Islamic law, Aceh, Administration, Punishment. Abstrak Aceh merupakan sebuah Wilayah Istimewa di Indonesia dibandingkan dengan wilayah-wilayah lain dari segi pelaksanaan undang-undang Islam. Aceh diberi status Wilayah Istimewa yang berautonomi oleh Pemerintah Pusat Indonesia pada tahun 2001 untuk melaksanakan undang-undang Islam secara menyeluruh. Pemakaian dan pelaksanaan undang-undang Islam di Aceh tidak terhad pada Undang-undang jenayah tetapi telah meliputi bidang perbankan dan kewangan Islam. Sejak tahun 1999, Pentadbiran Undang-undang Aceh telah merangka undang-undang bagi memastikan undang-undang Islam dapat ditadbir dan dilaksanakan dengan baik. Selain itu juga, undang-undang yang dirangka juga turut bertujuan untuk memastikan hukuman yang berasaskan undang-undang Islam dapat dilaksanakan secara adil. Oleh itu, kajian dalam kertas kerja ini dibuat uuntuk menganalisa sejauh mana undang-undang jenayah Islam dilaksanakan di Aceh. Kertas ini terbahagi kepada tiga bahagan utama, yang mana bahagian pertama membincangkan latas belakang awal kewujudan wilayah Islam Aceh dan peranan yang dimainkan oleh Dinas Syariat Islam Aceh sebagai mpembuat dasar dalam pelaksanaan undang-undang Islam, mendidik serta menyediakan latihan kepada masyarakat umum di Aceh mengenai Islam. Bahagian kedua menyediakan gambaran umum tentang undang-undang jenayah dan hukuman dalam Islam sebagaimana termaktub dalam Qanun Aceh No.6/2014 berkenaan Hukum Jinayat (“Qanun Hukum Jinayat” atau “QHJ”) serta undang-undang prosedur jenayah berkenaan cara pembuktiaan jenayah sebagaimana yag termaktub dalam Qanun Aceh No.7/2013 berkenaan Hukum Acara Jinayat (“QAJ”). Bahagian ketiga kertas ini menekankan masalah atau cabaran yang dihadapi daam pelaksanaan undang-undang jenayah Islam di Aceh, serta menyediakan cadangan-cadangan bagi penambahbaikan peruntukan-peruntukan yang ada dalam QHJ dan QAJ. Maklumat hasil dari temuramah dengan Prof. Dr. Hamid Sarong dan Prof. Dr Al Yasa telah digunakan bagi menyiapkan makalah ini. Selain itu, maklumat yang diperolehi daripada organisasi bukan kerajaan iaitu Indonesian Syarie Lawyers Association (APSI) dan Jaringan Masyarakat Sipil Peduli Syariah (JMSPS) turut dimanfaatkan. Dapatan dari kajian ini penting bagi menyediakan kefahaman terhadap kerangka undang-undang jenayah Islam di Aceh serta mengenal pasti masalah dalam aspek peruntukan undang-undang tersebut atau pelaksanaannya di Aceh. Kata Kunci: Undang-undang Islam, Aceh, Pentadbiran, Hukuman.
APA, Harvard, Vancouver, ISO, and other styles
7

Mohamad, Nur Izzaty, Azman Ismail, and Mohd Nor Mohd Shariff. "MOTIVASI PEMBELAJARAN SEBAGAI PEMBOLEH UBAH PENGANTARA DALAM PERHUBUNGAN ANTARA BIMBINGAN PENYELIA DENGAN MOTIVASI KERJA (Learning Motivation as a Mediating Variable in the Relationship between Supervisory Guidance and Job Motivation)." International Journal of Management Studies, June 25, 2020. http://dx.doi.org/10.32890/ijms.26.2.2019.10521.

Full text
Abstract:
Tujuan kajian ini adalah untuk menilai perhubungan antara bimbingan penyelia, motivasi pembelajaran dan motivasi kerja. Borang soal selidik telah digunakan untuk mengumpul data daripada pekerja di Agensi-agensi Pusat Kerajaan Persekutuan Malaysia, Putrajaya. Perisian SmartPLS telah digunakan untuk menilai kualiti data borang soal selidik dan menguji hipotesis-hipotesis kajian. Keputusan analisis model laluan SmartPLS menunjukkan bahawa kesan bimbingan penyelia terhadap motivasi kerja dipengaruhi secara tidak langsung oleh motivasi pembelajaran. Dapatan kajian ini menerangkan bahawa keupayaan penyelia mengamalkan bimbingan secara teratur dalam melaksanakan operasi kerja harian dapat membangkitkan motivasi pembelajaran dalam diri pekerja. Natijahnya, motivasi ini boleh pula mendorong mereka meningkatkan motivasi kerja. Dapatan kajian ini boleh digunakan sebagai panduan oleh pengamal untuk memahami kerumitan konsep motivasi pembelajaran dan merangka pelan tindakan strategi untuk meningkatkan kemahiran kejurulatihan kepimpinan bagi mencapai dan mengekalkan matlamat dan strategi organisasi dalam era globalisasi dan ekonomi berasaskan pengetahuan. Kata Kunci: Bimbingan penyelia, motivasi pembelajaran, motivasi kerja, SmartPLS. Abstract The aim of this study is to assess the relationship between supervisors’ coach, learning motivation and job motivation. Survey questionnaires were used to collect data from employees at Malaysian Federal Government Central Agencies, Putrajaya. The SmartPLS was utilised to evaluate the quality of survey questionnaire data and hence test the research hypotheses. The outcomes of SmartPLS path model analysis display that effect of supervisors’ coach on job motivation has indirectly been affected by learning motivation. This outcome explains that the ability of supervisors to appropriately implement coaching in executing daily job operations had strongly invoked employees’ learning motivation. As a result, this motivation could lead to a higher job motivation. Further, this outcome may be used as a useful guideline to assist practitioners in upgrading their understanding of the complexity of learning motivation concept and draw strategic action plans to strengthen managerial coaching in maintaining and enhancing the organisational strategies and objectives in an era of globalisation and knowledge based economy. Keywords: Supervisors’ coach, learning motivation, work motivation, SmartPLS.
APA, Harvard, Vancouver, ISO, and other styles

Books on the topic "Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan (Malaysia)"

1

Pembinaan Putrajaya: Perspektif pemaju : 1995-2002 = The making of Putrajaya : the developer's perspective : 1995-2002. Putrajaya, Wilayah Persekutuan: Putrajaya Holdings, 2003.

Find full text
APA, Harvard, Vancouver, ISO, and other styles
We offer discounts on all premium plans for authors whose works are included in thematic literature selections. Contact us to get a unique promo code!

To the bibliography